Wednesday, 1 January 2014

Rezeki dari laut

Kenapa aku minat memancing, terutamanya di laut? Jawapan utamanya adalah keseronokan semasa umpan direnggut, pertarungan untuk menaikkan ikan dan bila ikan dah berjaya ditawan. Selain dari itu, rasa ikan yang baru ditangkap memang terbaek...mana nak sama dengan ikan yang dibeli di pasar.
So, bila dah bawak balik hasil pancingan tu, haruslah dimasak segera untuk mengekalkan rasanya. Ini antara hidangan hasil rezeki memancing.....

Ikan gelama kering sebagai pembuka selera dan udang galah Sg Timun dimasak lemak cili api

Jemput makan; asam pedas, ikan goreng, telur dadar

Ikan daun baru dimasak asam pedas Melaka


Nak tahu resepi asam pedas Melaka? Rencah untuk asam pedas biasa, dicampur sedikit serbuk kari dan ditumis garing, dimasak seperti memasak asam pedas biasa; maka jadilah ia asam pedas Melaka....Eh, boleh faham ke apa yang aku tulis ni? Hehehehe.....

Ke Melaka lagi

Sehari selepas mencari bulus di Kuala Sg Baru, aku ke Melaka lagi. Kali ni nak mencuba nasib di kawasan pantai berhampiran KM Chalet, yang hampir dengan Fort Supai. Sesiapa yang tak tahu tempat tu, boleh lah try check kat Google map.

Pantai ni kelihatan landai tapi banyak batu rupanya, selalu jugak sangkut ni

Hasil pertama aku petang tu, daun baru yang selebar tapak tangan

Sejenis ikan karang yang aku tak tau apa namanya menjadi tangkapan kedua petang itu

Sebelum matahari melabuhkan tirainya aku berpindah ke kawasan jambatan Tg Agas pula

Inilah rezeki kami petang itu, Alhamdulillah