Kenapa aku minat memancing, terutamanya di laut? Jawapan utamanya adalah keseronokan semasa umpan direnggut, pertarungan untuk menaikkan ikan dan bila ikan dah berjaya ditawan. Selain dari itu, rasa ikan yang baru ditangkap memang terbaek...mana nak sama dengan ikan yang dibeli di pasar.
So, bila dah bawak balik hasil pancingan tu, haruslah dimasak segera untuk mengekalkan rasanya. Ini antara hidangan hasil rezeki memancing.....
|
Ikan gelama kering sebagai pembuka selera dan udang galah Sg Timun dimasak lemak cili api |
|
Jemput makan; asam pedas, ikan goreng, telur dadar |
|
Ikan daun baru dimasak asam pedas Melaka |
Nak tahu resepi asam pedas Melaka? Rencah untuk asam pedas biasa, dicampur sedikit serbuk kari dan ditumis garing, dimasak seperti memasak asam pedas biasa; maka jadilah ia asam pedas Melaka....Eh, boleh faham ke apa yang aku tulis ni? Hehehehe.....
No comments:
Post a Comment