Tarikh: 13 ~ 14 Jan 2013
Lokasi: Kelong Hotboys, Tanjung Leman, Johor Darul Takzim
|
Aku sedang menunggu bot yang dijangka tiba pada 9:30 pagi |
|
Suasana di jeti Tanjung Leman yang meriah dengan group pemancing yang ingin ke kelong |
Lebih kurang jam 10 pagi bot yang kami tunggu pun tiba dan mengangkut lebih kurang 8 orang penumpang menuju ke Kelong Hotboys. Bot laju ini mengambil masa kurang setengah jam untuk tiba di kelong. Minggu ini memang ramai pemancing ke kelong kerana monsun sudah tiba dan banyak selar boleh dipancing dengan mudah di sini.
Bila kami tiba, rupa-rupanya kelong Hotboys sedang dibaik pulih. Tiang-tiangnya hendak diganti & bumbung nipah juga sudah diganti dengan atap zink. Kami tidak terus mendapat tempat tidur kerana masih ramai yang belum check-out lagi. Aku pun mula setting pancing dan terus mencari tempat sesuai untuk melabuhkan umpan. Seperti biasa, ikan yang banyak di sini adalah ikan tambak tapi kali ini saiznya agak kecik. Tak lama selepas itu kami dipanggil untuk makan tengahari. Makan tengahari kami kali ini agak tak menepati selera aku. Rupanya tukang masak favorite aku dulu tu tak ada - dia bercuti kerana sakit akibat serangan jantung. Dan memang benar, menu makan kami kali ini tidak sesedap pertama kali aku ke sini dulu.
Kelong Hotboys ini terletak di kawasan yang agak cetek, oleh itu kurang ikan-ikan besar yang menghampirinya. Dengan menggunakan mata apollo saiz 12 yang dilekatkan umpan udang, aku berjaya menaikkan ikan tambak dan juga selar besar. Menjelang senja aku mula memancing apollo dan banyak anak-anak selar dan tamban yang berjaya dinaikkan. Bila malam, ikan agak kurang menyambar umpan. Aku dapat juga menaikkan 2 ekor lolong/ ikan uji rashid yang agak kasar saiznya. Menjelang 10:30 malam aku mengambil keputusan untuk tidur agar boleh bangun awal untuk memancing lagi nanti.
Seawal 6 pagi aku sudah terjaga. Ramai yang memancing di kawasan belakang kelong dan menaikkan ikan kekacang/ anak barracuda. Aku pun ingin mencuba nasib tapi baru sekali umpan dilempar, pancing aku sudah sangkut di bawah kelong. Inilah nasib memancing di kelong, senang benar tersangkutnya. Nasib baik semalamnya aku beberapa kali dapt menarik kayu & karang yang penuh dengan batu ladung yang tersangkut oleh pemancing lain, kiranya itu dapat menggantikan beberapa ketul batu ladung aku yang tersangkut juga. Maklum lah, batu ladung mahal juga.
Pda pagi ini ramai pemancing berjaya menaikkan selar besar dan cencaru besar yang juga digelar cencaru kuda. Aku juga dapat beberapa ekor selar besar dengan menggunakan hirisan tamban sebagai umpan. Best jugak memancing sellar besar sebab caranya melawan dan cuba melarikan diri ke bawah kelong memang boleh buat jantung berdebar. Pancing aku beberapa kali lucut matanya tak tahulah mungkin direnggut cencaru atau selar besar dan bukan rezeki aku untuk merasa tarikan cencaru di kelong ini.
Menjelang tengahari, aku cuba memancing apollo mata halus yang dibeli dari tauke kelong. Rupa-rupanya tamban tengah banyak, so sentiasa full house set apollo aku tu dengan tamban yang agak kasar2 juga. Rasa macam tak nak berhenti memancing tapi terpaksa jugak sebab bot dah tunggu aku untuk balik ke Tanjung Leman. Gambar-gambar masa memancing memang tak ada sebab tak sempat nak bergambar, malas nak ambik camera dalam beg. Banyak jugak hasil yang dapat dibawa balik rupanya.
|
Hasil pancingan kami di Kelong Hotboys |
|
Ikan selar hampir 3 kg juga beratnya |
|
Ikan yang menunggu untuk dibahagi-bahagikan |
|
Proses pengasingan ikan |
|
Macam nak buat berniaga pulak |
setiap bulan sejak bulan oktober 2012, aku pasti akan ke kelong hotboys untuk memancing. esok aku akan datang lagi. kali ini dengan beberapa apolo baru yang aku reka khas untuk menjerat selar dan lolong untuk pancingan sebelah malam untuk menambahkan rekod tangkanpan selar dan lolong. Biasa aku boleh dapat satu tong penuh(coleman 54L) ikan tersebut dalam masa sehari....tak sabar. tak leh tido lama ni.
ReplyDeleteuntung lah bro boleh ke sana tiap2 bulan. saya dapat ke sana setahun sekali pun dah kira untung. agak jauh nak mengharung perjalanan dari seremban ni. kos agak besar jugak.
DeleteAs salam
ReplyDeleteBleh bg no fon?
Cmne nk g kelong tu