Tuesday, 17 January 2012

Trip Sg Timun November lepas

Dah lebih 2 bulan lepas aku ke Sg Timun lagi. Kali ni boatman aku tak pergi sebab kena kerja lah pulak si mamat tu.  Aku dah plan baek punya, tup2 ala2 nak kena kansel pasal boatman takde. Mula2 si Rahmat tu nak suruh org tua dia bawak aku tapi aku kesian pulak kat pakcik tu, banyak kerja lain dia nak buat kat rumah dia, kang menyusahkan dia pulak. So aku call si Jijoi, utk ambik alih tugas jadi boatman. Nasib baik Jijoi memang takde plan apa haritu, so dia agree aje.

Aku dan Farid, gang pancing yg baru kenal last year
Sorry la Jijoi, gambor kau takde

Gemuknya gemang yang aku dapat ni

Lebih setengah kilo ikan ni

Farid pun teringin nak bergambar dengan hasil pancingan aku....heh heh heh...

Antara hasil yang dikumpulkan dalam baldi
Trip kali ni hasil tak meriah sangat. Boleh lah buat lepas gian mancing. Aku nak plan trip Sg Timun lagi, dengar kabar tengah sedap mancing ikan dan udang sekarang ni. Maklum lah, hujan pun dah kurang. Nanti lah aku kena set dengan boatman kami.

Cuti hujung minggu ni agak panjang. Mungkin aku akan plan trip mancing ke Kuala Selangor. Lama dah tak ke sana mencari jenahak...kalau ada rezeki, ada lah tu....

Haritu ada pembaca blog aku ni offer nak bawak aku mancing kat Lukut dgn bot dia tapi takde pulak dia tinggal contact no atau email address ke. Kalau Bro tu baca ni dan masih minat nak ajak aku mancing dgn dia, bolehlah sms/call aku, Yus - 019 656 3142. Aku ni pun masih banyak nak belajar bab2 memancing, iyalah nak menambah ilmu pancingan.

Tuesday, 3 January 2012

Berita kosmo 4 Jan 2012

Bertan-tan ikan mati di utara Norway




OSLO - Para saintis dan penduduk tempatan keliru tentang kejadian beberapa tan ikan herring terdampar di sebuah pantai di utara Norway, lapor media kelmarin.
Seorang penduduk setempat, Jan-Petter Jorgensen yang memeriksa pantai berkenaan di Kvaenes, Nordreisa bersama anjingnya pada hujung minggu lalu berkata, terdapat beberapa tan bangkai ikan tersebut.
Antara punca kematian besar-besaran itu termasuk ikan tersebut terperangkap di dalam air pasang selepas dikejar ikan-ikan pemangsa tepian pantai.
Teori yang lain menyatakan sekawanan ikan herring itu hanyut ke tepi pantai semasa ribut baru-baru ini. Terdapat teori lain yang menyatakan ikan-ikan berkenaan terperangkap di dalam air cetek dan mati kerana terperangkap dalam air tawar dari sebatang sungai yang mengalir ke pantai berkenaan. - Dpa
SEEKOR anjing berjalan di atas timbuan ikan di sebuah pantai di Kvennes, utara Norway kelmarin.