Friday, 3 February 2012

Memancing di Sg Timun lagi

Minggu lepas aku ke Sg Timun lagi. Mulanya macam nak kansel sebab tak sempat cari umpan. Tapi pagi2 ahad tu aku gigihkan diri ke Lukut, nasib baik ada umpun2 sarang yang dijual dekat simpang tu. Aku sampai Sg Timun dah dekat tengahari. Boatman aku dah standby kat boat dia yang dah siap berbumbung baru. Sejuk sikit lah kami memancing kali ni....hehehe...

Macam biasa, awalnya pancing aku kurang mendapat perhatian ikan. Termenung jugaklah aku sekejap dan cuma tengok boatman aku menaikkan gelama papan dan serkut. Lepas tu boatman aku ajak pindah location, aku follow aje. Maklumlah, aku ni anchorman, mesti boatman inform aku kalau nak pindah sebab aku tukang angkat dan jatuhkan sauh.

Bila pindah tempat lain ni, tak menang tangan aku menaikkan ikan terutamanya gelama. Trip kali ni langsung tak sangkut sembilang/ gemang. Bukan musim kot?



Wah, dah mengena nampaknya pancing aku ni, kita tengok siapa yg kena

Aku yang terkena rupanya, ikan belukang...huhuhu...

Gelama papan sudah sampai

Serkut yang 'cute' tapi tarikannya boleh tahan ganas tu

Hasil setengah hari di Sg Timun
Kali ini kami pulang ke pengkalan agak lewat, lebih kurang jam 7:30malam. Sempat juga aku menikmati salah satu fenomena indah yang tak mungkin kita jumpa di tengah bandar iaitu ribuan kelip2 bertaburan di atas pohon berembang di sepanjang perjalanan pulang ke jeti Sg Timun. Pemandangan ni memang tak boleh di 'capture' oleh lensa kamera comel aku, so kalau ada yang teringin nak tengok pemandangan ni, kenalah datang sendiri ke Sg Timun. Menurut boatman aku, biasanya pelancong dari China dan Jepun gemar mengikuti lawatan ke Sg Timun untuk melihat kelip-kelip ni. Keindahan alam bumi kita ini nampaknya lebih dihargai oleh orang luar berbanding dengan kita sendiri.

Satu lagi info untuk kawan2 pembaca blog aku ni - 18 Feb akan diadakan pertandingan memancing ikan sungai di sini. Boatman aku pun salah seorang ahli jawatankuasanya lah. Menurut beliau, yuran penyertaan cuma RM15 seorang dan pendaftaran bermula jam 7 pagi. Kalau tak silap, acara berlangsung dari 9 pagi hingga 4:30 petang. Kalau ada yang minat nak join, jom lah beramai2 ke Kg Sg Timun nanti, ya.

TERKINI: Pertandingan memancing pada 18 Feb ni ditunda ke 28 Feb pulak. Nampaknya tak dapat lah aku sertai sebab 28 Feb hari Selasa. tengah2 minggu mana nak cutinya....