Jeti Tunjuk Laut, Tanjung Leman
Inilah dia tempat yang aku tuju 2 minggu lepas. Tanjung Leman yang terletak dekat dengan Felda Tenggaroh dan bandar Kota Tinggi. Punyalah seksa aku rasa driving tengah malam buta nak menuju ke jeti ni.
Aku dah lama dengar cerita pasal kelong kat perairan sini. Sebenarnya ada 4 buah kelong yang terletak dalam kawasan taman laut di keliling pulau-pulau kat sini. Kelong yang famous dan senang nak dapat info kat internet ni adalah namanya Kelong Ah Fatt. Biasanya hujung minggu kelong ni memang pack, ramai org Singapore suka datang sini. Aku pilih Kelong Ayu (@AhYu) atas cadangan member kaki pancing yang juga rakan sekerja yang memang biasa turun ke sini.
Sayup-sayup Kelong Ayu kelihatan di antara pulau |
Beginilah rupa di atas kelong. Besar dan tegap kelong ni. |
Tempat tidur dan lepak yang agak selesa, siap dengan selimut |
Aku ambik package 2D1N - RM155 yang termasuk makan minum iaitu sarapan, makan tengahari, makan malam, supper, free flow biskut kering, air filter (Diamond), kopi panas.
Kerapu yang hampir sekilo jugak ni |
Kerapu tu bukan aku dapat. Mamat cina yang mancing dekat dengan aku yang dapat malam tu. Aku ada beli udang hidup tapi entah malam tu aku malas je nak mancing beriya2. Lepas supper aku dah cari katil. Badan pun dah bersih, mandi dengan puasnya tadi. Itu yang mata pun berat aje. Malam pulak ikan kurang makannya. Ada lah nampak budak cina mancing todak. Takpalah, aku lebih suka layan tidur. Boleh bangun pagi2 esok dan sambung mancing lagi.
Pagi-pagi ni masih layan pancingan apollo, banyak tambak lah kat sini. Udang hidup aku beli tu semua mati pasal mesin dah habis bateri. Buat menghabis duit aje. Udang tu aku potong2 buat umpan apollo.
Mesin baitrunner yang aku biarkan dengan berumpankan keratan tamban berdesing pulak. Berlari aku menyentapnya. Hehehe...berhasil jugak aku mendapatkan baracuda.
Gambar kat atas tu sebenarnya aku tengah nak menaikkan todak. Tengok pemancing lain melayan todak macam seronok pulak. Aku pun pergi ambik anak ikan hidup dan cuba nasib lah. Memang bila umpan mencecah air aje, si todak terus menyambar. Seronok rupanya melayan aksi todak ni. Todak kat sini kasar2, warna hijau jernih. Memandangkan aku pun tak pernah makan todak ni, so malas nak mancing lagi, takut takde saper nak makan. Rupanya todak ni sedap masak goreng taucu atau asam pedas pekat. Ada harga juga todak ni, sekilo RM6 katanya. Lain kali kalau ada rezeki ke mari lagi, boleh la aku layan mancing todak banyak2 bawak balik Seremban.
Tuna biru hasil di Kelong Ayu |
Ini pulak aku yang dah mandi, dah wangi, segar dan ready nak balik......hehehe....