Sunday, 24 April 2011

Memancing di Kelong Ayu

OK, aku sambung semula kisah yang dah seminggu tak ber update ni. Minggu ni aku memang agak sibuk, tak sempat nak update cerita pancing ni. Aku pun tak ingat ntah apa yang aku sibukkan sangat tu.

Jeti Tunjuk Laut, Tanjung Leman

Inilah dia tempat yang aku tuju 2 minggu lepas. Tanjung Leman yang terletak dekat dengan Felda Tenggaroh dan bandar Kota Tinggi. Punyalah seksa aku rasa driving tengah malam buta nak menuju ke jeti ni.

Aku dah lama dengar cerita pasal kelong kat perairan sini. Sebenarnya ada 4 buah kelong yang terletak dalam kawasan taman laut di keliling pulau-pulau kat sini. Kelong yang famous dan senang nak dapat info kat internet ni adalah namanya Kelong Ah Fatt. Biasanya hujung minggu kelong ni memang pack, ramai org Singapore suka datang sini. Aku pilih Kelong Ayu (@AhYu) atas cadangan member kaki pancing yang juga rakan sekerja yang memang biasa turun ke sini.


Sayup-sayup Kelong Ayu kelihatan di antara pulau
Bot berlepas dari jeti lebih kurang jam 9:45pagi. Ramai juga yang mahu naik ke kelong Ayu pagi ni. Ada yang dari Kluang, ada juga dari Singapura.

Beginilah rupa di atas kelong. Besar dan tegap kelong ni.


Tempat tidur dan lepak yang agak selesa, siap dengan selimut

Aku ambik package 2D1N - RM155 yang termasuk makan minum iaitu sarapan, makan tengahari, makan malam, supper, free flow biskut kering, air filter (Diamond), kopi panas.


Sebaik tiba, aku layan ikan apollo. Banyak dapat ikan tambak, kunyit, ada juga baby kerapu. Memang seronok layan kan aje, memang tak bosan lah. Apa taknya, hulur je apollo yang berisi umpan kat tepi kelong ni, memang tak menang tangan dibuatnya. Tengahri lepas makan rasa mengantuk lah pulak. Mana taknya, aku dapat tido dalam setengah jam aje malam tadi, so petang aku layan bantal ajelah. Dah nak senja aku bangun pi layan apollo, nak cari ikan buat umpan. Banyak jugak sangkut tamban dan adalah seekor dua selar yang sangkut juga. Ada mamat Johor yang sama2 mancing ni kata masa 2 minggu lepas dia dtg mancing, 9 coleman penuh dengan ikan apollo aje. Kali ni kurang meriah sikit, selar pun taknak kejar apollo. Diorang kata sebab air jernih sgt, ikan nampak tali, tu pasal kurang hasilnya.


Kerapu yang hampir sekilo jugak ni

Kerapu tu bukan aku dapat. Mamat cina yang mancing dekat dengan aku yang dapat malam tu. Aku ada beli udang hidup tapi entah malam tu aku malas je nak mancing beriya2. Lepas supper aku dah cari katil. Badan pun dah bersih, mandi dengan puasnya tadi. Itu yang mata pun berat aje. Malam pulak ikan kurang makannya. Ada lah nampak budak cina mancing todak. Takpalah, aku lebih suka layan tidur. Boleh bangun pagi2 esok dan sambung mancing lagi.




Pagi-pagi ni masih layan pancingan apollo, banyak tambak lah kat sini. Udang hidup aku beli tu semua mati pasal mesin dah habis bateri. Buat menghabis duit aje. Udang tu aku potong2 buat umpan apollo.

Mesin baitrunner yang aku biarkan dengan berumpankan keratan tamban berdesing pulak. Berlari aku menyentapnya. Hehehe...berhasil jugak aku mendapatkan baracuda.

Gambar kat atas tu sebenarnya aku tengah nak menaikkan todak. Tengok pemancing lain melayan todak macam seronok pulak. Aku pun pergi ambik anak ikan hidup dan cuba nasib lah. Memang bila umpan mencecah air aje, si todak terus menyambar. Seronok rupanya melayan aksi todak ni. Todak kat sini kasar2, warna hijau jernih. Memandangkan aku pun tak pernah makan todak ni, so malas nak mancing lagi, takut takde saper nak makan. Rupanya todak ni sedap masak goreng taucu atau asam pedas pekat. Ada harga juga todak ni, sekilo RM6 katanya. Lain kali kalau ada rezeki ke mari lagi, boleh la aku layan mancing todak banyak2 bawak balik Seremban.


Tuna biru hasil di Kelong Ayu
Foto tuna biru kat atas tu pun bukan aku yang memancingnya. Masa ni tengah tunggu bot nak balik tetiba ada uncle Cina tu dapat ikan ni. Dia guna udang hidup. Seronok tengok pertarungan uncle tu dengan tuna ni. Masa ni juga nampak kerjasama antara kaki pancing semua. Ada yang tolong bagi laluan, tolong bagi kata semangat, tolong pegangkan pancing bila uncle tu dah penat sangat, tolong carikan hook/ sauk, tolong saukkan ikan dari bawah kelong. Memang semangat semua orang yang menengoknya masa tu. Sampai bot nak balik sampai pun kitorang buat tak tahu aje. Mana taknya lebih kurang setengah jam sebelum tu uncle tu dapat jugak ikan besar, ikan cermin tapi half way dah rabut. Itu yag bersemangat semua orang nak bantu uncle tu naikkan ikannya kali ni.


Inilah hasil pancingan aku and my other half selama 2 hari 1 malam di Kelong Ayu. Aku pasti akan ke sini lagi bila ada rezeki nanti. Katanya time terbaik mancing kat sini masa musim tengkujuh, bulan 12 nanti. So, start simpan duit, kita ramai2 abiskan annual leave atas Kelong Ayu nanti.

Ini pulak aku yang dah mandi, dah wangi, segar dan ready nak balik......hehehe....

3 comments:

  1. Salam Bro..Boleh dapatkan maklumat lanjut tentang kelong ni tak..mcm menarik jer..

    ReplyDelete
  2. Salam admin,boleh mintak nombor telefon tekong kelong?Line ID:ajai89

    ReplyDelete
  3. Tekong ni dah tak beroperasi.

    ReplyDelete