Wednesday, 24 August 2011

Rajin lah pulak

Sehari ni aku boleh update 2 entry? Sebenarnya aku sekarang berada di Semarang, Indonesia. Ahad lepas aku tiba di sini, atas tugasan kerja. Dekat seminggu aku merasa berpuasa di seberang. Pukul 3 pagi aku dah bersahur, 5.45 petang dah buka puasa. Agak mencabar juga berpuasa sambil bekerja di sini, maklumlah aku ni kan cuma buruh kasar. Insya-Allah Jumaat ni aku pulang ke tanahair tercintaku. Mana boleh missed Raya, kan? Jadi, malam2 adalah sikit masa aku untuk berinternet, berfacebook, etc. Akhirnya dapat juga aku updatekan blog aku ni.

Dalam entry terdahulu ada aku tunjukkan gambar ikan gemang yang aku berjaya pancing. Agak2 ikan gemang sesuai dimasak apa? Kalau ikutkan aku, aku suka goreng berlado. Tapi tukang masak aku ni dah masakkan favourite dish dia turun-temurun.

Asam pedas daun kesum yang sungguh mengancam

Udang dijadikan rencah sayur sawi goreng

Menu dinner: Nasi putih, asam pedas, sawi goreng & telur asin
Lepas raya ni memang kena plan ke Sg Timun lagi. Seronok mancing kat sana sebab boatman aku terer cari port yang best, Insya-Allah ada sajalah hasil yang boleh dibawak balik. Aku pun dah lama tak rasa udang galah Sg Timun. Kalau ikan tak ada, beli ajelah udang galah dari boatman aku tu, katanya udang galah Sg Timun adalah udang galah yang paling sedap kat Semenanjung ni, itu kata otai2 la...wallahualam...

Seharian di Sg Timun

Lama gak aku biarkan blog aku ni sepi tak ber-update. Dah dekat sebulan puasa barulah ada mood nak bercerita kat sini. Eh, bulan puasa pun gi mancing jugak ke? Mana ada...ini trip aku hujung bulan Jun dulu, to be exact : 26 Jun. Bulan puasa ni memang aku puasa dari memancing juga. Puasa sebulan ni, concentrate pada puasa yang wajib lah. Banyak lagi bulan lain untuk pulun memancing.

Macam biasa, aku pow boat Rahmat di Sg Timun. Kami bertiga aje, aku dgn my other half dan juga Rahmat selaku boatman kami. Selepas subuh aku dah keluar rumah, biasalah semangat memancing memang berkobar2. Cuba kalau nak suruh pergi kerja, lambat2 aje nak keluar rumah....hehehe...

Malas nak cerita banyak, layankan ajelah gambar2 yang sempat dirakam haritu.

Bagaimana agaknya rezeki harini? Itulah yang aku menungkan semasa bot membelah Sg Timun menuju ke Sg Linggi



Hasil pertama yang berbaloi-baloi - gemang



Nampaknya Rahmat juga asyik melayan ikan yang sudah meragut umpan

Hasilnya ikan tanda yang selamat kami jadikan lauk makan malam setibanya di jeti Sg Timun. Memang sedap ikan fresh masak sambal pedas, makan dengan nasik panas2...pergh...tak hingat...


Aku pun ada jugak dapat ikan tanda


Ikan gerut-gerut agak kasar juga dalam trip kali ni

Hasil pancingan kami bertiga, itupun dah tolak 2 ekor tanda & 1 kitang yang dah dibuat lauk

Udang lebihan umpan yang juga boleh dijadikan lauk
Itulah serba sedikit laporan memancing di Sg Timun. Untuk pemancing2 yang baru belajar nak ke laut, memang sgt sesuai ke Sg Timun ni sebab alun sungai tak sekuat ombak di laut. Dan ikan-ikan yang dapat dipancing pulak, memang sedap lah, lepas lauk makan seminggu.