Satu lagi masakan berasaskan hasil pancingan aku. Kali ni ikan baung yang dipancing di Sg Timun.
Masak lemak cili api style Negeri Sembilan. Memang pedas berapi & lemak berkrim rasanya. Ditambah pulak dengan petai...pergh...makan dengan nasik panas-panas dan ada ikan kering pulak, memang kena regunya tu. Silalah ya....
Sunday, 29 April 2012
Friday, 27 April 2012
Ikan kerapu masak sweet & sour
Hasil pancingan di Pulau Tinggi dimasak sweet & sour. Terbaek katanya, maklum lah hasil pancingan sendiri.
Nak resepi ke? Senang aje masak ni, main campak2 je. Kaedahnya: Bawang besar, bawang putih, halia dihiris2 & ditumis. Bila naik bau, masukkan sos cili, tambah sedikit air. Bila mendidih, masukkan lada capsicum hijau & karot. Bila dah agak layu, masukkan ikan yang dah digoreng garing.Pandai2lah nak tambah gula & garam sebagai perisa.Yang penting, ikan mesti fresh barulah marvellous.

Trip menduga perairan Pulau Tinggi
Lama jugak blog aku ni tak dikemaskini. Untuk mengaktifkan semula posting aku di blog yang dah lama sepi ni, biar aku citer sikit trip bulan lepas ke Pulau Tinggi, Mersing.
Aku cakap banyak pun tak guna, aku tau ramai yang suka tengok gambar aje berbanding dengan nak baca tulisan aku yanng tak seberapa ni. So, kita layankan gambar2 yang sempat aku abadikan semasa trip ni.
Sebelah petang angin sudah agak kuat. Kami terpaksa berlindung berhampiran pulau kerana ombak sudah semakin tinggi. Bila duduk dekat dengan pulau, tak dapatlah nak memancing sebab ia kawasan taman laut. Nak masak, tong gas pulak tak ada, maka kami makan aje roti untuk mengalas perut sementara menunggu bot lain bawakkan tong gas. Dah senja baru dapat masak, sedap sangat rasanya makan malam tu sebab masing-masing dah kebulur.
Pagi esoknya kami memancing lagi. Banyak juga kerapu, tambak dan ikan karang sebesar tapak tangan yang dapat dipancing. Setelah matahari tinggi di atas kepala, kami pun mengambil keputusan pulang ke jeti kerana perjalanan kami masih jauh lagi untuk balik ke seremban.
Alhamdulillah, ada juga sedikit hasil yang dapat dibuat lauk. Rata-rata yang ke laut haritu memang kurang hasil pancingannya. Mungkin sebab angin kuat dan laut agak bergelora. Ada juga bot yang berjaya memancing ikan merah katanya. Bukan rezeki kami agaknya untuk merasa memancing ikan merah. Next trip dah pun dirancang oleh Rizal untuk ke Kuala Sedili bulan Jun nanti.
Aku cakap banyak pun tak guna, aku tau ramai yang suka tengok gambar aje berbanding dengan nak baca tulisan aku yanng tak seberapa ni. So, kita layankan gambar2 yang sempat aku abadikan semasa trip ni.
Sabtu 10 Mac - Awal pagi dah berkumpul di jeti Tanjung Leman. Kami bermalam di Tanjuk Laut Resort setelah travel petang Jumaat dari Seremban |
Bot yang agak selesa untuk ahli trip kami. Yang penting, ada toilet, senang untuk melepas hajat. |
Aku seperti biasa, carik port kat belakang bot; senang sikit nak trolling |
Nampak gaya macam mengena tapi takde lah besar mana pun ikannya |
Rizal yang rileks aje makan mangga sebab boring ikan tak makan pancing lagi |
Akhirnya mengena jugak si ketarap ni |
Rahmat berjaya juga mendaratkan ketarap ketiga dalam trip ni |
Pagi esoknya kami memancing lagi. Banyak juga kerapu, tambak dan ikan karang sebesar tapak tangan yang dapat dipancing. Setelah matahari tinggi di atas kepala, kami pun mengambil keputusan pulang ke jeti kerana perjalanan kami masih jauh lagi untuk balik ke seremban.
Antara hasil yang berjaya dibawa pulang dan dibahagi-bahagikan sesama ahli |
Alhamdulillah, ada juga sedikit hasil yang dapat dibuat lauk. Rata-rata yang ke laut haritu memang kurang hasil pancingannya. Mungkin sebab angin kuat dan laut agak bergelora. Ada juga bot yang berjaya memancing ikan merah katanya. Bukan rezeki kami agaknya untuk merasa memancing ikan merah. Next trip dah pun dirancang oleh Rizal untuk ke Kuala Sedili bulan Jun nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)