Sunday, 8 September 2013
Thursday, 5 September 2013
Sunday, 30 June 2013
Memburu tenggiri Sedili - Hari Kedua
Nampaknya Tekong begitu menepati masa. Tepat jam 4 pagi enjin dihidupkan dan bot mula bergerak ke destinasi unjam seterusnya. Perjalanan 2 jam tak terasa kerana rata2 masih lagi lena dibuai ombak. Lebih kurang jam 6:15 pagi, kami tiba di unjam untuk mencari umpan selar. Bila cahaya matahari mula terbit di ufuk timur, kami terus menurunkan apollo. Begitu banyak ikan umpan pagi ini untuk bekalan pancingan kami nanti. Kelihatan beberapa buah bot telah berada di lokasi yang sama untuk memburu tenggiri.
Seterusnya kami pun mula menurunkan umpan hidup dengan harapan tenggiri telah keluar mencari makan. Sofaz menghulurkan koyan berumpankan selar besar. Tak sampai 10 minit, umpannya telah disambar. Dengan cekap dan pantas, Sofaz menggulung tali koyannya dan akhirnya seekor tenggiri berskala 6kg ditewaskannya. Aku agak terkejut menyaksikan betapa cekapnya dia menggulung tali koyan tanpa memakai gloves. Kalau aku lah, mungkin dah habis luka2 tapak tangan menahan tarikan ikan.
Pagi ini masa ikan tenggiri frenzy agak singkat. Team kami juga mendapat double strike di mana umpan Rizal dan Mat Zain disambar serentak. Kelam kabut sekejap keadaan di atas bot. Rakan2 lain menggulung tali untuk memberi laluan kepada rakan lain menaikkan ikan.
Lebih kurang jam 12:30 tengahari kami bergerak pulang ke jeti. Trip kali ini boleh dikatakan berjaya dengan hasil 13 ekor tenggiri, 1 ekor aruan tasik, 4 ekor todak, 2 ekor belitung dan ikan2 apollo.
Keseronokan menewaskan tenggiri memanggil2 kami untuk kembali ke Sedili. Insya-Allah ada rezeki kami akan ke sana lagi nanti.
Seterusnya kami pun mula menurunkan umpan hidup dengan harapan tenggiri telah keluar mencari makan. Sofaz menghulurkan koyan berumpankan selar besar. Tak sampai 10 minit, umpannya telah disambar. Dengan cekap dan pantas, Sofaz menggulung tali koyannya dan akhirnya seekor tenggiri berskala 6kg ditewaskannya. Aku agak terkejut menyaksikan betapa cekapnya dia menggulung tali koyan tanpa memakai gloves. Kalau aku lah, mungkin dah habis luka2 tapak tangan menahan tarikan ikan.
Pagi ini masa ikan tenggiri frenzy agak singkat. Team kami juga mendapat double strike di mana umpan Rizal dan Mat Zain disambar serentak. Kelam kabut sekejap keadaan di atas bot. Rakan2 lain menggulung tali untuk memberi laluan kepada rakan lain menaikkan ikan.
Zul membantu Rizal membuka mata kail di mulut tenggiri |
Inilah tenggiri terbesar trip kali ini - hasil pancingan aku |
Masing2 gembira dengan hasil tangkapan kali ini |
Sesi mengagihkan hasil tangkapan |
Tugasan paling berat - memotong aruan tasik untuk di bahagi 7 |
Aruan tasik masak tiga rasa, terbaek!! |
Memburu tenggiri Sedili - Hari Pertama
Ketua team pancing aku iaitu Rizal dah booking date memancing di Sedili 15 & 16 Jun 2013 sejak tahun lepas lagi. Maklum la, bukan mudah dapat tarikh yang sesuai dan masih kosong memandangkan tahap populariti tekong tenggiri ni yang mengalahkan Anuar Zain....hehehe...
Selepas Jumaat, aku memulakan perjalanan ke Sedili dan singgah sebentar di Batu Pahat untuk menyelesaikan sedikit urusan. Aku ikut hiway ke Desaru, mungkin agak jauh. Kira-kira jam 9:30 malam kami sampai di pekan Sedili Besar. Rakan2 pemancing yang lain telah tiba lebih awal dan menunggu aku di kedai makan. Kali ini Rizal, ketua kumpulan telah menyewa sebuah rumah homestay berhampiran dengan jeti. Rumah tersebut agak selesa untuk kami bertujuh dengan 2 bilik tidur dan peralatan yang lengkap.
Malam itu kami berkenalan sesama sendiri memandangkan ada beberapa ahli yang baru join group kami. Aku layan berbual dengan Abg Berahim sampai ke pukul 3 pagi. Pukul 3:30 pagi aku dah bersiap mandi dan terdengar tekong menelefon Rizal untuk memberitahu supaya bersedia ke jeti pukul 4 pagi. Memang aku tak tidur langsung malam tu memandangkan betapa tak sabarnya aku untuk memancing di Sedili.
Seawal 4:30 pagi kami sudah memunggah barang-barang memasuki bot. Tanpa menunggu lama, kami memulakan perjalanan ke unjam pertama yang mengambil masa kira-kira 2 jam.
Setibanya di unjam, awak2 kami iaitu Sofaz dengan pantas menghulurkan koyan bermata apollo untuk mencari ikan untuk dibuat umpan. Kami juga mengeluarkan joran masing2 dan bersedia untuk memancing tenggiri. Ada juga yang membantu awak2 mencari ikan seperti selar, tamban untuk dijadikan umpan hidup. Di sini tenggiri amat menggilai ikan hidup seperti selar, tamban dan ikan termenung. Setelah mengumpulkan ikan hidup yang agak cukup untuk pancingan hari itu, tekong pun bergerak mencari lokasi yang sesuai untuk memburu tenggiri.
Tanpa berlengah lagi, semua bertumpu di ruangan belakang bot dan melepaskan umpan dengan kaedah pancingan dasar dan juga layang. Lebih kurang 15 minit menunggu, tiba-tiba terdengar bunyi nyaring drag dari kekili Penn klasik milik Hj Hafizan. Dengan pantas, Tuan Haji menyentap kuat jorannya dan bertahan. Tenggiri sudah menyerang rupanya!
Tidak lama selepas itu, joran Rizal pula menerima sambaran sang tenggiri. Bertungkus lumus Rizal berusaha menawan tenggiri tersebut. Akhirnya tenggiri berskala 2 kg menyerah kalah. Sedang aku leka memerhatikan hasil yang diperolehi Rizal, tiba-tiba kekili Ryobi Oasis 7000 yang selalu menemaniku berbunyi nyaring. Tali keluar dengan pantas tanda dilarikan. Tekong berteriak "Kasar tu, bang!" Aku terus menyentap joran sekaligus mengikat kekili untuk menghentikan tali daripada terus keluar. Tetapi tali dari kekili terus keluar. Aku mengetatkan lagi kekili supaya tali berhenti keluar dan ternyata rupanya tenggiri yang menyambar umpan selar itu begitu kuat memberikan tentangan. Mujurlah aku dapat menewaskan sang tenggiri berskala 10 kg, iaitu tangkapan terbesar setakat ini. Pada hari yang sama, Haji Hafizan mendapat 2 ekor lagi tenggiri, Rizal menambah rekod peribadi seekor lagi, manakala Mat Zain, Zul, dan Sofaz masing2 menambah seekor tenggiri lagi. Jumlah tangkapan tenggiri hari pertama adalah 9 ekor. Setengah ekor tenggiri menjadi menu asam pedas & goreng kunyit untuk makan tengahari kami manakala setengah ekor lagi dimasak lemak cili api untuk makan malam kami.
Selain tenggiri, kami juga berjaya menaikkan belitung, todak dan aruan tasik. Zain kami gelar sebagai Raja Todak untuk trip kali ini kerana todak begitu gemar menyambar umpannya.
Selepas makan tengahari, joran Mat Zain yang menggunakan teknik pancingan dasar disambar. Mat Zain terus menyentap kuat jorannya dan cuba bertahan. Aku perhatikan Mat Zain agak payah untuk mengawal larian ikan tersebut. Setelah beberapa ketika, Mat Zain meminta aku untuk menyambung pertarungan. Mula2 aku sangkakan ikan itu telah melarikan diri ke bawah bot dan mungkin tiada harapan untuk ia dinaikkan. Tapi rupanya rezeki berpihak pada kami. Tali mainline sebenarnya tersangkut pada tepi bot dan berjaya aku lepaskan. Aku mula menahan asakan ikan yang masih belum kelihatan lagi. Masing2 tertanya2 apakah ikan yang tersangkut di hujung mata pancing ini. Begitu kuat lariannya hingga sukar untuk ditewaskan. Aku bertahan dan mengepam kekili supaya ikan itu lemah. Akhirnya ia kelihatan timbul di permukaan. Aku menjerit "Aruan Tasik!" Memandangkan saiznya yang begitu besar, ia masih lagi kuat dan cuba untuk menyelam ke dasar. Aku terus bertahan dan akhirnya setelah hampir 45 minit bertarung, aruan tasik berskala 8 kg berjaya dinaikkan.
Malam itu kami cuba mencari sotong untuk dijadikan umpan tapi malangnya tiada seekor sotong pun yang timbul. Menurut tekong, seminggu sebelum ini memang banyak sotong yang berjaya dicandat oleh group lain. Mungkin tiada rezeki kami untuk memancing malam itu memandangkan ketiadaan umpan. Bekalan umpan hidup juga telah habis. Biasanya kami boleh membeli udang hidup di pekan Sedili tapi malangnya pengusaha bisnes udang hidup telah menamatkan perniagaannya.
Akhirnya, seawal 9 malam masing2 mula mencari lokasi yang sesuai untuk merebahkan badan dan merehatkan diri. Tekong berpesan untuk bersedia ke lokasi unjam seawal jam 4 pagi esoknya.
Selepas Jumaat, aku memulakan perjalanan ke Sedili dan singgah sebentar di Batu Pahat untuk menyelesaikan sedikit urusan. Aku ikut hiway ke Desaru, mungkin agak jauh. Kira-kira jam 9:30 malam kami sampai di pekan Sedili Besar. Rakan2 pemancing yang lain telah tiba lebih awal dan menunggu aku di kedai makan. Kali ini Rizal, ketua kumpulan telah menyewa sebuah rumah homestay berhampiran dengan jeti. Rumah tersebut agak selesa untuk kami bertujuh dengan 2 bilik tidur dan peralatan yang lengkap.
Malam itu kami berkenalan sesama sendiri memandangkan ada beberapa ahli yang baru join group kami. Aku layan berbual dengan Abg Berahim sampai ke pukul 3 pagi. Pukul 3:30 pagi aku dah bersiap mandi dan terdengar tekong menelefon Rizal untuk memberitahu supaya bersedia ke jeti pukul 4 pagi. Memang aku tak tidur langsung malam tu memandangkan betapa tak sabarnya aku untuk memancing di Sedili.
Seawal 4:30 pagi kami sudah memunggah barang-barang memasuki bot. Tanpa menunggu lama, kami memulakan perjalanan ke unjam pertama yang mengambil masa kira-kira 2 jam.
Aku berbual dengan Hj Hafizan, bekas Director aku semasa di Samsung |
Setibanya di unjam, awak2 kami iaitu Sofaz dengan pantas menghulurkan koyan bermata apollo untuk mencari ikan untuk dibuat umpan. Kami juga mengeluarkan joran masing2 dan bersedia untuk memancing tenggiri. Ada juga yang membantu awak2 mencari ikan seperti selar, tamban untuk dijadikan umpan hidup. Di sini tenggiri amat menggilai ikan hidup seperti selar, tamban dan ikan termenung. Setelah mengumpulkan ikan hidup yang agak cukup untuk pancingan hari itu, tekong pun bergerak mencari lokasi yang sesuai untuk memburu tenggiri.
Tanpa berlengah lagi, semua bertumpu di ruangan belakang bot dan melepaskan umpan dengan kaedah pancingan dasar dan juga layang. Lebih kurang 15 minit menunggu, tiba-tiba terdengar bunyi nyaring drag dari kekili Penn klasik milik Hj Hafizan. Dengan pantas, Tuan Haji menyentap kuat jorannya dan bertahan. Tenggiri sudah menyerang rupanya!
Sesi pertarungan yang memerlukan bantuan rakan2 |
Tenggiri pertama tewas di tangan Tuan Haji berskala 2~3 kg |
Sofaz yang cekap membantu |
Aksiku melayan tenggiri Sedili |
Selain tenggiri, kami juga berjaya menaikkan belitung, todak dan aruan tasik. Zain kami gelar sebagai Raja Todak untuk trip kali ini kerana todak begitu gemar menyambar umpannya.
Zain bersama tangkapan todaknya |
Ikan yang telah timbul menampakkan diri |
Tekong yang bersedia dengan hook untuk menaikkan ikan |
Ini lah aruan tasik yang dapat ditewaskan |
Akhirnya, seawal 9 malam masing2 mula mencari lokasi yang sesuai untuk merebahkan badan dan merehatkan diri. Tekong berpesan untuk bersedia ke lokasi unjam seawal jam 4 pagi esoknya.
Wednesday, 19 June 2013
Cerita baru
Dah berbulan rupanya aku tak update blog ni. Bukannya aku dah tak memancing, cuma tak berkesempatan bercerita kat sini. Rasanya tahun ni aku belum lagi dapat memancing di favourite spot aku iaitu Sungai Timun. Bukannya aku tak plan untuk pergi tapi terpaksa ditangguhkan buat masa ini. Inilah akibat perbuatan manusia yang tamak dan tidak bertanggungjawab. 2 kali Sg Timun diracun tahun ni, katanya untuk cepat mengaut hasil udang galah. Kesannya habis udang galah dan ikan di Sg Timun mati. Nelayan-nelayan sungai pun ramai yang dah bekerja di darat. Ada yang dah bawa lori, ada yang dah jual pukat, ada juga yang dah jual bot. Bak kata Pak Akub orang tua Kg Sg Timun, manusia lagi jahat dari buaya di Sg Timun....betul lah kata dia tu. Selama ini buaya di sana tak pernah menutup periuk nasi nelayan2 sungai tapi manusia sendiri yang membuat onar. Sudah pastinya eko-sistem di sungai Timun telah terjejas dan ini akan mengambil masa untuk kembali pulih.
Oleh itu buat masa ini aku terpaksa menukar lokasi pancingan di Kuala Lukut pula. Biasanya aku akan menyewa bot fiber di jeti koperasi dan membawa enjin sendiri yang dipinjam dari bapa saudara aku. Setakat ini pancingan di sana juga tidak menghampakan.
Bulan lepas aku juga ada ke Kelong Mamod, di Lukut. Nati lah aku ceritakan pengalaman menghadapi ribut ketika itu. Dengarnya kelong Nazri di Bagan Lalang telah roboh bulan lepas?
Minggu lepas aku menyertai trip memburu tenggiri di perairan Sedili. Trip 2D1N ini boleh dikatakan berjaya kerana team kami berjaya menewaskan 13 ekor tenggiri. Gambar2 belum sempat di upload lagi. Hujung minggu ni aku akan kerja overtime untuk update cerita2 pancingan buat kenangan di blog ini dan juga sumber rujukan pada sesiapa yang berminat untuk membaca blog pancing aku yang tidak selalu dikemas kini ini. Maklum lah, menulis di sini tidak bergaji, itu yang lambat aje aku nak update cerita kat sini.
Anyway, buat pembaca setia blog aku ni (eh, ada ke pembaca setia? hehehe......nantikan cerita dunia pancingan aku ya dan teruskan menjadikan blog aku ni sumber rujukan dan bahan bacaan bersama. Semoga segala cerita, pengalaman dan sedikit ilmu yang aku kongsikan di sini akan memberi manafaat kepada semua.

Thursday, 24 January 2013
Penyabong
Semasa perjalanan pulang ke Seremban dari Tanjung Leman tiba-tiba aku terfikir untuk melalui jalan Mersing kerana kali terakhir aku menjejak kaki ke Mersing kira2 20 tahun dulu. Dapat juga aku tengok bandar Mersing dan sempatlah aku singgah membeli keropok ikan tamban di gerai tepi jalan.
Memandangkan dah sampai di Mersing ni, aku terfikir untuk cuba singgah di Penyabong. Aku biasa dengar pasal Penyabong dari rakan-rakan pemancing lain yang biasa naik bot di jeti Penyabong. Aku juga tahu di sana ada Kelong Acheh yang juga menjadi salah satu kelong kegemaran pemancing.Aku cuma berpandukan road signage untuk menuju ke sana.
Aku meneruskan perjalanan pulang ke Seremban dengan mengikuti jalan Endau-Rompin menuju ke Muazam, melalui Bahau jalan Kuala Pilah dan akhirnya tiba di Seremban pada jam 9 malam.
Insya-Allah ada rezeki nanti aku akan ke Kelong Acheh pula untuk memancing di sana.
Memandangkan dah sampai di Mersing ni, aku terfikir untuk cuba singgah di Penyabong. Aku biasa dengar pasal Penyabong dari rakan-rakan pemancing lain yang biasa naik bot di jeti Penyabong. Aku juga tahu di sana ada Kelong Acheh yang juga menjadi salah satu kelong kegemaran pemancing.Aku cuma berpandukan road signage untuk menuju ke sana.
Sampai juga aku di Jeti Penyabong. Dari sini boleh nampak Kelong Acheh di belah kanan gambar... |
Satu road signage yang pada aku agak funny. Biasa kita tengok gambar lembu tapi ini lembu & kambing??? |
Insya-Allah ada rezeki nanti aku akan ke Kelong Acheh pula untuk memancing di sana.
Ke kelong Hotboys lagi
Tarikh: 13 ~ 14 Jan 2013
Lokasi: Kelong Hotboys, Tanjung Leman, Johor Darul Takzim
Lebih kurang jam 10 pagi bot yang kami tunggu pun tiba dan mengangkut lebih kurang 8 orang penumpang menuju ke Kelong Hotboys. Bot laju ini mengambil masa kurang setengah jam untuk tiba di kelong. Minggu ini memang ramai pemancing ke kelong kerana monsun sudah tiba dan banyak selar boleh dipancing dengan mudah di sini.
Bila kami tiba, rupa-rupanya kelong Hotboys sedang dibaik pulih. Tiang-tiangnya hendak diganti & bumbung nipah juga sudah diganti dengan atap zink. Kami tidak terus mendapat tempat tidur kerana masih ramai yang belum check-out lagi. Aku pun mula setting pancing dan terus mencari tempat sesuai untuk melabuhkan umpan. Seperti biasa, ikan yang banyak di sini adalah ikan tambak tapi kali ini saiznya agak kecik. Tak lama selepas itu kami dipanggil untuk makan tengahari. Makan tengahari kami kali ini agak tak menepati selera aku. Rupanya tukang masak favorite aku dulu tu tak ada - dia bercuti kerana sakit akibat serangan jantung. Dan memang benar, menu makan kami kali ini tidak sesedap pertama kali aku ke sini dulu.
Kelong Hotboys ini terletak di kawasan yang agak cetek, oleh itu kurang ikan-ikan besar yang menghampirinya. Dengan menggunakan mata apollo saiz 12 yang dilekatkan umpan udang, aku berjaya menaikkan ikan tambak dan juga selar besar. Menjelang senja aku mula memancing apollo dan banyak anak-anak selar dan tamban yang berjaya dinaikkan. Bila malam, ikan agak kurang menyambar umpan. Aku dapat juga menaikkan 2 ekor lolong/ ikan uji rashid yang agak kasar saiznya. Menjelang 10:30 malam aku mengambil keputusan untuk tidur agar boleh bangun awal untuk memancing lagi nanti.
Seawal 6 pagi aku sudah terjaga. Ramai yang memancing di kawasan belakang kelong dan menaikkan ikan kekacang/ anak barracuda. Aku pun ingin mencuba nasib tapi baru sekali umpan dilempar, pancing aku sudah sangkut di bawah kelong. Inilah nasib memancing di kelong, senang benar tersangkutnya. Nasib baik semalamnya aku beberapa kali dapt menarik kayu & karang yang penuh dengan batu ladung yang tersangkut oleh pemancing lain, kiranya itu dapat menggantikan beberapa ketul batu ladung aku yang tersangkut juga. Maklum lah, batu ladung mahal juga.
Pda pagi ini ramai pemancing berjaya menaikkan selar besar dan cencaru besar yang juga digelar cencaru kuda. Aku juga dapat beberapa ekor selar besar dengan menggunakan hirisan tamban sebagai umpan. Best jugak memancing sellar besar sebab caranya melawan dan cuba melarikan diri ke bawah kelong memang boleh buat jantung berdebar. Pancing aku beberapa kali lucut matanya tak tahulah mungkin direnggut cencaru atau selar besar dan bukan rezeki aku untuk merasa tarikan cencaru di kelong ini.
Menjelang tengahari, aku cuba memancing apollo mata halus yang dibeli dari tauke kelong. Rupa-rupanya tamban tengah banyak, so sentiasa full house set apollo aku tu dengan tamban yang agak kasar2 juga. Rasa macam tak nak berhenti memancing tapi terpaksa jugak sebab bot dah tunggu aku untuk balik ke Tanjung Leman. Gambar-gambar masa memancing memang tak ada sebab tak sempat nak bergambar, malas nak ambik camera dalam beg. Banyak jugak hasil yang dapat dibawa balik rupanya.
Lokasi: Kelong Hotboys, Tanjung Leman, Johor Darul Takzim
Aku sedang menunggu bot yang dijangka tiba pada 9:30 pagi |
Suasana di jeti Tanjung Leman yang meriah dengan group pemancing yang ingin ke kelong |

Hasil pancingan kami di Kelong Hotboys |
Ikan selar hampir 3 kg juga beratnya |
Ikan yang menunggu untuk dibahagi-bahagikan |
Proses pengasingan ikan |
Macam nak buat berniaga pulak |
Sg Timun my favourite fishing spot
Tarikh: 5 Jan 2013
Masa: 10pagi ~ 7malam
Menurut kata tekong bot, minggu ni sangat sesuai untuk memancing ikan, air kecik katanya. Udang pun tengah banyak jugak tapi aku agak kurang sabar nak memancing udang. So, kami set pergi mencari ikan sajalah. Partner mancing aku, Rizal dah siap beli umpun2 5 bungkus. Aku bawak jugak udang yang dibeli di pasar segar.
Memang betul kata tekong - ikan galak memakan umpan. Gelama papan, gelama & sembilang silih berganti dinaikkan kali ini. Ada juga beberapa ekor senangin & ikan gerut-gerut yang dapat dipancing. Tekong yang memasang 3 set pancing tak menang tangan melayan henjutan ikan. Kami yang lain cuma pakai 1 set pancing saja dan memang tak tunggu lama, ada saja yang menyambar umpan yang dihulurkan.
Tak banyak gambar yang sempat ditangkap. Semua pun sibuk melayan pancing, itu yang kureng layan tangkap gambar.
Haritu sempat juga membeli udang galah segar dari rumah Pak Akob. Bukan untuk makan sendiri tapi ada pulak Boss kirim 2 kg.
Masa: 10pagi ~ 7malam
Menurut kata tekong bot, minggu ni sangat sesuai untuk memancing ikan, air kecik katanya. Udang pun tengah banyak jugak tapi aku agak kurang sabar nak memancing udang. So, kami set pergi mencari ikan sajalah. Partner mancing aku, Rizal dah siap beli umpun2 5 bungkus. Aku bawak jugak udang yang dibeli di pasar segar.
Memang betul kata tekong - ikan galak memakan umpan. Gelama papan, gelama & sembilang silih berganti dinaikkan kali ini. Ada juga beberapa ekor senangin & ikan gerut-gerut yang dapat dipancing. Tekong yang memasang 3 set pancing tak menang tangan melayan henjutan ikan. Kami yang lain cuma pakai 1 set pancing saja dan memang tak tunggu lama, ada saja yang menyambar umpan yang dihulurkan.
Tak banyak gambar yang sempat ditangkap. Semua pun sibuk melayan pancing, itu yang kureng layan tangkap gambar.
Ikan tanda satu-satunya yang berjaya dipancing |
Hasil seharian di Sg Timun |
Ikan yang dilambakkan di depan rumah |
Kolam yang menempatkan udang hidup untuk dijual |
Si sepit biru yang digemari ramai |
Subscribe to:
Posts (Atom)