Thursday, 24 January 2013

Penyabong

Semasa perjalanan pulang ke Seremban dari Tanjung Leman tiba-tiba aku terfikir untuk melalui jalan Mersing kerana kali terakhir aku menjejak kaki ke Mersing kira2 20 tahun dulu. Dapat juga aku tengok bandar Mersing dan sempatlah aku singgah membeli keropok ikan tamban di gerai tepi jalan.

Memandangkan dah sampai di Mersing ni, aku terfikir untuk cuba singgah di Penyabong. Aku biasa dengar pasal Penyabong dari rakan-rakan pemancing lain yang biasa naik bot di jeti Penyabong. Aku juga tahu di sana ada Kelong Acheh yang juga menjadi salah satu kelong kegemaran pemancing.Aku cuma berpandukan road signage untuk menuju ke sana.

Sampai juga aku di Jeti Penyabong. Dari sini boleh nampak  Kelong Acheh di belah kanan  gambar...

Satu road signage yang pada aku agak funny. Biasa kita tengok gambar lembu tapi ini lembu & kambing???
Aku meneruskan perjalanan pulang ke Seremban dengan mengikuti jalan Endau-Rompin menuju ke Muazam, melalui Bahau jalan Kuala Pilah dan akhirnya tiba di Seremban pada jam 9 malam.

Insya-Allah ada rezeki nanti aku akan ke Kelong Acheh pula untuk memancing di sana.

Ke kelong Hotboys lagi

Tarikh: 13 ~ 14 Jan 2013
Lokasi: Kelong Hotboys, Tanjung Leman, Johor Darul Takzim

Aku sedang menunggu bot yang dijangka tiba pada 9:30 pagi 

Suasana di jeti Tanjung Leman yang meriah dengan group pemancing yang ingin ke kelong
Lebih kurang jam 10 pagi bot yang kami tunggu pun tiba dan mengangkut lebih kurang 8 orang penumpang menuju ke Kelong Hotboys. Bot laju ini mengambil masa kurang setengah jam untuk tiba di kelong. Minggu ini memang ramai pemancing ke kelong kerana monsun sudah tiba dan banyak selar boleh dipancing dengan mudah di sini.

Bila kami tiba, rupa-rupanya kelong Hotboys sedang dibaik pulih. Tiang-tiangnya hendak diganti & bumbung nipah juga sudah diganti dengan atap zink. Kami tidak terus mendapat tempat tidur kerana masih ramai yang belum check-out lagi. Aku pun mula setting pancing dan terus mencari tempat sesuai untuk melabuhkan umpan. Seperti biasa, ikan yang banyak di sini adalah ikan tambak tapi kali ini saiznya agak kecik. Tak lama selepas itu kami dipanggil untuk makan tengahari. Makan tengahari kami kali ini agak tak menepati selera aku. Rupanya tukang masak favorite aku dulu tu tak ada - dia bercuti kerana sakit akibat serangan jantung. Dan memang benar, menu makan kami kali ini tidak sesedap pertama kali aku ke sini dulu.

Kelong Hotboys ini terletak di kawasan yang agak cetek, oleh itu kurang ikan-ikan besar yang menghampirinya. Dengan menggunakan mata apollo saiz 12 yang dilekatkan umpan udang, aku berjaya menaikkan ikan tambak dan juga selar besar. Menjelang senja aku mula memancing apollo dan banyak anak-anak selar dan tamban yang berjaya dinaikkan. Bila malam, ikan agak kurang menyambar umpan. Aku dapat juga menaikkan 2 ekor lolong/ ikan uji rashid yang agak kasar saiznya. Menjelang 10:30 malam aku mengambil keputusan untuk tidur agar boleh bangun awal untuk memancing lagi nanti.

Seawal 6 pagi aku sudah terjaga. Ramai yang memancing di kawasan belakang kelong dan menaikkan ikan kekacang/ anak barracuda. Aku pun ingin mencuba nasib tapi baru sekali umpan dilempar, pancing aku sudah sangkut di bawah kelong. Inilah nasib memancing di kelong, senang benar tersangkutnya. Nasib baik semalamnya aku beberapa kali dapt menarik kayu & karang yang penuh dengan batu ladung yang tersangkut oleh pemancing lain, kiranya itu dapat menggantikan beberapa ketul batu ladung aku yang tersangkut juga. Maklum lah, batu ladung mahal juga.

Pda pagi ini ramai pemancing berjaya menaikkan selar besar dan cencaru besar yang juga digelar cencaru kuda. Aku juga dapat beberapa ekor selar besar dengan menggunakan hirisan tamban sebagai umpan. Best jugak memancing sellar besar sebab caranya melawan dan cuba melarikan diri ke bawah kelong memang boleh buat jantung berdebar. Pancing aku beberapa kali lucut matanya tak tahulah mungkin direnggut cencaru atau selar besar dan bukan rezeki aku untuk merasa tarikan cencaru di kelong ini.

Menjelang tengahari, aku cuba memancing apollo mata halus yang dibeli dari tauke kelong. Rupa-rupanya tamban tengah banyak, so sentiasa full house set apollo aku tu dengan tamban yang agak kasar2 juga. Rasa macam tak nak berhenti memancing tapi terpaksa jugak sebab bot dah tunggu aku untuk balik ke Tanjung Leman. Gambar-gambar masa memancing memang tak ada sebab tak sempat nak bergambar, malas nak ambik camera dalam beg. Banyak jugak hasil yang dapat dibawa balik rupanya.

Hasil pancingan kami di Kelong Hotboys

Ikan selar hampir 3 kg juga beratnya

Ikan yang menunggu untuk dibahagi-bahagikan

Proses pengasingan ikan

Macam nak buat berniaga pulak

Sg Timun my favourite fishing spot

Tarikh: 5 Jan 2013
Masa: 10pagi ~ 7malam

Menurut kata tekong bot, minggu ni sangat sesuai untuk memancing ikan, air kecik katanya. Udang pun tengah banyak jugak tapi aku agak kurang sabar nak memancing udang. So, kami set pergi mencari ikan sajalah. Partner mancing aku, Rizal dah siap beli umpun2 5 bungkus. Aku bawak jugak udang yang dibeli di pasar segar.

Memang betul kata tekong - ikan galak memakan umpan. Gelama papan, gelama & sembilang silih berganti dinaikkan kali ini. Ada juga beberapa ekor senangin & ikan gerut-gerut yang dapat dipancing. Tekong yang memasang 3 set pancing tak menang tangan melayan henjutan ikan. Kami yang lain cuma pakai 1 set pancing saja dan memang tak tunggu lama, ada saja yang menyambar umpan yang dihulurkan.

Tak banyak gambar yang sempat ditangkap. Semua pun sibuk melayan pancing, itu yang kureng layan tangkap gambar.

Ikan tanda satu-satunya yang berjaya dipancing

Hasil seharian di Sg Timun

Ikan yang dilambakkan di depan rumah
Haritu sempat juga membeli udang galah segar dari rumah Pak Akob. Bukan untuk makan sendiri tapi ada pulak Boss kirim 2 kg.

Kolam yang menempatkan udang hidup untuk dijual
Geramnya tengok udang galah segar ni

Si sepit biru yang digemari ramai