Tuesday, 29 March 2011

Kuala Selangor (Part 2)

Seperti dijanjikan, aku bawakan cerita pancingan di Kuala Selangor Sabtu lepas. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kat mana lah agaknya padang pancingan aku ni, maklum la Kuala Selangor tu bukannya sebesar Kuala Lukut aje.

Nama kampungnya Pasir Panjang di daerah Kuala Selangor

Pekan terdekat adalah Sekinchan, lebih kurang 10 minit aje driving dari kampung ni.
Seperti biasa, aku dan Jijoi meninjau sampan yang akan digunakan nanti


Kami bergerak ke laut dalam pukul 5 petang. Macam biasa, kami menuju ke kawasan tukun yang dibina oleh LKIM. Di sini biasanya tidak mengecewakan, sentiasa ada hasilnya. Cuma kalau nak cari yang besar macam jenahak atau pari, kenalah sediakan umpan yang bersesuaian.

Hasil pertama pancingan - gerut2 yang agak kasar saiznya

Gelama kat sini, gedang2 saiznya (ayat Jawa)


Hasil terbesar pancingan kali ini, daun baru 1.25kg
Yang ini, pemancing jemputan aku yang dapat, maklum la org baru first time dtg sini, bagi dia syok layan ikan besar...

Kami memancing sehingga jam 9 malam sebelum kembali ke jeti untuk mengisi perut. Kedai makan di jeti ni sungguh happening waktu malam, karaoke biasanya full house. Makan kat sini pun boleh tahan lah sedapnya. Lepas makan dan berehat sekejap, kami turun semula ke lokasi pancingan, sambung lagi lah mancing. Tapi malam2 ni kurang lah ikan yang makan. Aku sempat lah tido dekat 3 jam dibuai ombak laut.
Dalam pukul 4 pagi kami kembali ke pantai sebab umpan udang yang dibawa dah hampir habis. Pagi2 buta kami dah ke pasar basah di Sekinchan mencari udang segar.

Selepas subuh, kami bergerak lagi ke laut tapi tak sampai sejam memancing, ribut sudah tiba, kelam kabut kami bergegas balik ke jeti. Memang basah kuyup la ditimpa hujan. Lepas hujan reda, kami sambung lagi memancing hingga 12 tgh hari. Penat memang tak boleh nak kata la, tapi minat punya pasal, pedulikanlah semua tu.

Hasil keseluruhan trip kali ini, majoriti gelama lah


Kedai makan kat jeti ni walaupun nun jauh di kampung nelayan tapi sungguh classy. Cuba tengok set minum pagi, aku order kopi, roti bakar dan telur setengah masak. Bila sampai hidangan tu, macam tak percaya jer kat warung camni service baik punya....
Hidangan pagi ala2 5 star hotel


Roti bakar pun sungguh bergaya
 Itulah serba sedikit coretan trip aku kali ni. Moga dapat memberi maklumat kepada yang membaca dan juga sebagai kenangan catatan dunia pancingan ku untuk manfaat kita bersama.

6 comments:

  1. Pasir Panjang tu kira Kauala Selangor ke Bos? Silap beso tu, tu dah masuk Daerah Sabak Bernam.

    Kalo bawah sikit dari Pekan Sekincan masih daerah Kuala Selangor (Tiram Buruk, Sg Burung etc.)

    Betulakn...betulkan...betulkan!

    ReplyDelete
  2. Bang, ade contact no tak utk sewa bot + boatman kt sana?
    TQ

    ReplyDelete
  3. Anonymous,
    Kalau ikut geografinya, memang dah masuk daerah Sabak Bernam. Tapi sebab dah terbiasa dengar abg sepupu yang tinggal kat sana pun membahasakan " Bila nak datang Kuala Selangor lagi?" Itu yg saya consider Pasir Panjang as Kuala Selangor. Anyway, terima kasih atas komen sedara.

    Flying Bowl,
    Kalau nak ke sana boleh contact saya - Yus 019 6563142. Tinggal komen kat sini pun boleh.

    ReplyDelete
  4. saya mau tanya berape kadar bayaran biasa untuk sewa bot + botman ?

    ReplyDelete
  5. Bot 32 kaki, enjin 80hp, sewa RM250 sehari, tapi harga ni tak masuk tekong.

    ReplyDelete
  6. Kalau masuk tekong...berapa lak jumlahnya

    ReplyDelete