Aku tiba di kelong dalam pukul 9 malam. Cuaca cantik, bulan hampir-hampir penuh. Ini first time aku ke sini. Tak lah jauh sangat dari jeti koperasi, lebih dekat berbanding nak ke Kelong Mamud. Rasanya tak sampai 10minit dah tiba. Kelong ni nampak bersih dan kemas, ada 4 ke 5 bilik gitu. Kat sini guna bateri untuk nyalakan lampu, so senyap la sikit, takde dengungan buyi generator.
Sampai je, aku terus set pancing dan mula memancing. Malam ni banyak naik ikan gerut-gerut saiz tapak tangan budak. Ada gak dapat ikan tanda, bebulus sekor, ikan2 kecik lain la. Aku tak try koyan kat sini, lain kali lah pulak aku cuba.
Belah pagi pulak aku main apollo, layan ikan tamban. Masa sibuk layan tamban ni lah pancing aku yang terbiar tiba-tiba melendut, apalagi bekejar lah aku menyambarnya. Sayang tu, set pancing aku ni walaupun murah tapi bukan dapat free.Itu yang naik pari, hasil terbesar kat kelong ni. Aku letak lah sikit gambar pancingan haritu, untuk kenang2an aku dan membakar semangat sesiapa yang berminat nak try kelong ni. Aku pasti akan repeat lagi kat sini....
Tamban kat sini kecik2 tapi banyak woo...
dalam mengapollo si tamban, sangkut gak ikan ni,
dapat lah 3 ekor, masak singgang, marvellous....
Inilah jumlah tangkapan aku sehari semalam di sana
puas hati lah jugak, lepas lauk seminggu....
Salam bang,
ReplyDeleteKelong Koperasi ni nk refer sape kalo saya nk pegi? Slalu kt Lukut tu pegi Kelong Mamud je. Tak penah lak smpai kelong koperasi ni. Dr jauh cam takde org je.
HEHEHE
-alique
Biasa lepak kat jeti yang ada karaoke tak? Yg depan sikit dari jeti nak ke kelong mamud tu. Boleh tanya kat org kedai makan situ aje. Memang kelong koperasi tu tak semeriah Kelong Mamud. Kelongnya pun tak besar.
ReplyDeleteHehehe.. Saya ni pun bkn pemancing tegar sgt. Mancing suka2 je. Tools pun main rembat beli yg murah2 je. Dulu penah gak sewa boatman mancing kt area2 kelong koperasi tu(tak naik kelong) Pak mertua pasang koyan keliling bot. Naik la sekor semilang laut sekilo lebih.
ReplyDeleteTeringin gak nk try kelong kt koperasi tu tapi ade gak baca rekod buruk pasal management kelong ni smpai ade yg mancing dlm gelap pasal minyak spare utk generator lampu diaorg tak bawak. Call2 pun tak angkat.