Sunday, 27 March 2011

Memancing di Kuala Selangor (Part 1)

Sabtu lepas aku ke Kuala Selangor lagi. Hajat hati nak repeat cari ikan2 besar lagi. Malangnya, umpan sotong segar kegemaran jenahak tak dapat dicari pulak. Sebenarnya nak memancing ni, kena ada perancangan yang betul di samping nasib dan rezeki. Banyak lagi ilmu pancingan yang perlu aku pelajari tapi setakat ni antara tips yang aku boleh kongsikan dan untuk ingatan aku juga bagi memaksimakan trip pancingan adalah seperti berikut:-

1) Pastikan set pancingan yang betul dibawa - contohnya jika berhajat dapatkan ikan besar, gunalah rod dan mesin untuk memburu ikan besar, bukannya bawak mesin Tica RM60 sebijik. Nanti hasilnya mesin meletup, terbarai, ikan pulak lepas entah ke mana.

2) Penuhkan lah toolbox dengan aksesori secukupnya, jgn bila dah atas bot baru tercari2 batu ladung tak bawak lah, kekili dah habis lah, mata kail tertinggal lah, dsb.

3) Kalau bawak bot sendiri, pastikan minyak lebih dari cukup untuk pergi-balik, bukan cukup2 aje. Kita tak tau, mungkin banyak kali pindah cari port yg sesuai, atau dah terlencong dari laluan sepatutnya, at least kita ada minyak extra nak guna.

4) Untuk mancing malam, lampu atas bot sgt penting. Pastikan lampu berfungsi baik, kalau blh gunalah energy saving bulb dan bateri telah di charge sepenuhnya. Kalau lampu out, musnahlah harapan nak menyauk sotong untuk dibuat umpan jenahak. Bawa juga lampu suluh.

5) Masa memancing ni, bukan 24 jam ikan galak makan umpan. Masa ikan tengah galak makan tu, pulunlah mancing betul2. Masa ikan dah kurang, rehat2kan lah diri, tido ke, recharge energy untuk sambung pancing lagi nanti.

6) Bekalan makanan dan minuman jgn lupa. Kita ni manusia, perlu makan minum, terutama mancing laut, cepat betul badan terhidrat. Minum air kosong banyak2. Jangan balik trip mancing, kena mc pulak. Mancing2 jugak, periuk nasik kena lah jaga. Lainlah kalau memang dah takde kerja lain dan mancing tu memang periuk nasik korang. So, suka hatilah ko nak mc ke apa, takde saper nak marah.

7) Keselamatan diri sendiri mesti diutamakan. Kalau berlaku kecemasan di laut, pastikan diri sendiri selamat dulu, barulah cuba nak selamatkan org lain. Kalau korang naik flight pun, masa safety briefing oleh pramugari yang cantik jelita tu, kan dia kata kalau alat bantuan pernafasan terkeluar semasa kecemasan, pakai dahulu, pastu baru pakaikan anak di bawah jagaan. Kalau korang sibuk nak selamatkan anak tapi diri sendiri tak selamat lagi, pastu korang pengsan ke apa ke, sapa pulak nak tlg selamatkan anak tu? Ke korang ralit pandang pramugari tu sampai tak dengar pun entah apa yang dikata masa tuh....

8) Cuaca di laut sangat cepat berubah. Mungkin masa korang keluar pagi, langit biru, awan nipis dan cuaca sangat cerah. Tiba2 je korang nampak di kejauhan awan kelabu berlapis2 muncul dengan cantiknya. Mungkin juga masa tu ikan begitu galak makan pancing dan korang rasa sayang je nak gerak ke mana2. Kalau korang tak sayang nyawa, dok lah layan mancing lagi. Sekejap aje awan kelabu tu dah berukar hitam dan dah atas kepala korang. Masa ni kalau ko tak blah jugak balik ke pantai, memang saja nak cari pasal lah....

Ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sepanjang menceburkan diri dalam arena memancing di laut ni. Mungkin lain orang, lain  pendapatnya. Wallahu'alam...

Nantikan laporan trip pancingan aku dalam Part 2 nanti. Gambar belum upload ke PC lagi....Untuk rakan-rakan pembaca blog aku ni, sudi-sudikan lah jadi followers dan tinggalkan comment ya.

No comments:

Post a Comment