Sunday 18 September 2011

Hujung minggu di Sg Timun

Selamat Hari Raya! Walaupun dah dekat 3 minggu kita beraya, rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan pengunjung blog aku ni. Setelah 2 bulan aku hentikan aktiviti pancingan demi menghormati bulan mulia, akhirnya cuti panjang hujung minggu ni sempena Cuti Hari Malaysia aku manfaatkan dengan aktiviti memancing di Sg Timun.

Hari Sabtu, pukul 7 pagi aku dah keluar rumah menuju ke Kg Sg Timun. Sempat lagi singgah sarapan dan beli barang keperluan di pekan sebelum meneruskan misi hari ini. Kami tiba di rumah Rahmat jam 8.30 pagi, beraya dulu, makan bihun goreng dan kuih raya. Nasib baik dah minum kat kedai tadi, kalau tidak, mau bihun goreng semangkuk besar tu aku habiskan...hehehe....

Bila nak naik bot, aku ingat nak posing sikit la, rupa-rupanya kamera pulak tak bawak. Rugilah tak dapat nak ambik gambar aksi-aksi pancingan kali ni (budget dapat ikan besor). Aku bawak dua set pancing, tapi 1 set tu tali 10 paun aje...my other half kata, ni nak buat mancing udang galah ke? Aku budget ikan2 gelama, gerut-gerut, tanda yang biasanya tak sampai setengah kilo pun, so cukuplah dengan pancing 10 paun tu...

Sebelah pagi ni, air baru aje pasang. Masa kami melabuhkan pancing di port pertama, air dah pasang dan dah tenang, air mati katanya. Ikan kurang galak menjamah umpan. Kami bawak umpun2 sarang aje. Nak cari udang, air dah pasang dan tak ada orang menjala. Aku dan Rahmat masing-masing menaikkan gelama papan. Kami ke port lain pulak. Air dah mula bergerak surut. Laju gila air surut ni, semput ikan nak mengejar umpan sambil melawan arus yang laju ni....hehehe...memang kurang sangat ikan yang nak merenggut pancing tengahari ni. Aku cadangkan kat boatman untuk lepak makan dulu kat jambatan Tanjung Agas. Boatman aku ni pun sporting, dia OK aje. Lagipun perut dah lapar, jam dah 12:30 tgh hari, baik lah makan dulu.

Lepas makan, bila nak naik bot, boleh pulak enjin taknak hidup. Berpeluh jugak si Rahmat mengerjakannya, nasib baik boleh start. Kami menyambung pancingan lagi, kali ni air sungai sudah agak keruh, mungkin hujan lebat di Seremban. Ikan agak galak memakan umpan, tapi kebanyakannya ikan sembilang. Rahmat banyak menaikkan gerut-gerut tapi saiznya agak kecil berbanding trip kami sebelum ini.

Masa air surut ni, ramai juga orang menjala. Dapatlah kami beli udang segar untuk dibuat umpan. Ada juga nelayan sungai yang memasang jaring untuk menangkap siakap. Saiz siakap yang diorang dapat dalam 1.5 kg, saiz yang sesuai utk hidangan. Aku ada berangan-angan kot boleh dapat siakap atau senangin tapi air agak keruh, so ikan bersisik mungkin agak kurang kali ini.

Bila agak petang sikit, aku ajak Rahmat ke port berhampiran empang pecah. Kat sini lagi banyak sembilang dinaikkan. Aku melabuhkan kedua-dua set pancing dan tiba-tiba my other half bersuara, "Eh, pancing abang tu..." Set 10 paun aku dah mengena, terus aku sambar joran tu, terasa ikan menarik melarikan tali ke bawah bot tapi malangnya tali utama aku putus. Terkilan betul aku, menyesal rasanya bawak set 10 paun aje. Set pancing aku yang satu lagi tu pulak tak maun nya dihenjut oleh ikan besar, yang kecik dibalunnya....huhuhu...

Lewat petang kami pulang dengan hasil tangkapan yang agak banyak, Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang diberi Allah. Memandangkan aku tak bawak kamera, dapat ambik gambar hasil pancingan masa kat rumah aje lah. Untuk trip kali ni, sembilang aje ada 15 ekor, dan seekor gemang. Ada juga ikan tanda sebesar tapak tangan seekor (aku dapat), gelama papan 2 ekor, gerut-gerut (kebanyakannya Rahmat dapat), gelama.

Ikan dalam tong ais bersama udang sungai yang dibeli

Ikan dah disusun dalam sinki, itupun dekat sekilo aku dah bagi kat jiran sebelah rumah.
Si Rahmat cuma ambik 3 ekor je sembilang, maklum lah dah selalu makan ikan Sg Timun.
Aku pasti akan repeat trip ni, tak puas hati lah pasal banyak kali set pancing 10 paun aku tu putus dikerjakan ikan. So, aku kena ready dengan set pancing yang sesuai untuk menarik siakap Sg Timun...kekekeke....
Sesiapa yang teringin nak ikut trip aku ni, jangan segan-segan, contact aku, ya. Jangan lupa sediakan duit untuk sewa boat dan bawalah set pancingan yang sesuai.