Monday 23 May 2011

Memancing santai

Lama gak aku tak update cerita mancing ni. Hujung minggu aku agak sibuk dengan hal-hal personal.
3 minggu lepas aku saja jalan-jalan ke Melaka. Mula-mula lepak mancing kat Pantai Puteri, pantai ni memang selalu GP Joran dianjurkan kat sini. Aku mancing petang, air belum pasang lagi. Pantai ni agak berlumpur airnya. Aku guna umpan udang pasar, memang galak lah pancing direnggut ikan tapi ikan yang naik rupanya sesirat, kasar-kasar saiznya. Bila dah masuk 3 ekor naik sesirat, terus aku kemas pancing, blah ke tempat lain.

Lepas maghrib aku sambung mancing kat Pengkalan Balak, area Sg Tuang. Air dah mulai pasang tapi tak ada pulak ikan yang nak makan umpan aku ni. Dekat sejam menunggu baru ada tarikan ikan tapi bila aku karau pancing, ini rupanya yang sangkut...

Ketam bunga yang dah hilang bunganya sebab penuh teritip pulak
Ada jugak dapat beberapa ekor anak gelama dan anak bebulus tapi memang kurang meriah la mancing malam ni. Mungkin ikan kurang mendekati pantai. Iyalah, adat memancing, ada masa banyak hasilnya, ada masa kurang. Memandangkan memancing ni dah jadi hobi aku, layan ajelah aktiviti ni. Kalau banyak hasilnya, syukur Alhamdulillah, boleh juga dibuat lauk. Kalau tak ada hasilnya, boleh cuba lagi di lain hari. Yang penting, kena enjoy dan sabar.

Saturday 7 May 2011

Memancing di pantai PD

Minggu lepas aku ada try mancing pantai di PD. Ada ke sesaper yang tak tau PD kat mana? Dari Seremban lebih kurang 45 minit jugalah nak sampai ke sana. Aku biasanya tak plan pun bila nak mancing di PD, maklumlah agak dekat dengan rumah. Modal pun takde lah banyak sangat mancing pantai ni. Takat kena siapkan perambut, beli ais sikit dan udang basah, modal semua dalam RM10 la. Isi minyak keter RM10, dah lepas pergi-balik PD. Ikut la jalan Mambau-Lukut-PD, takde toll. Biasanya aku kalau mancing terjah aje ni agak ada 'ong' banding dengan kalau plan beriya-iya.
Ikan kedua yang aku dapat malam ni

Close-up....ikan kunyit rupanya, iaitu sejenis ikan karang

Sejenis spesis kerapu yang aku dapat mula-mula tadi, tak sempat ambik gambar masa mancing sebab excited sangat dapat ikan yang agak besar kat tepi pantai PD ni
Kerapu dimasak sweet and sour, ikan kunyit digoreng, baki udang yang dibuat umpan dah jadi rencah sayur
Aku sampai masa tu dalam pukul 9 malam, air baru je mulai pasang. Memang timing baik punya ni untuk mancing pantai. Cuma air sederhana besar, kalau air besar biasanya lebih banyak ikan besar yang menghampiri pantai katanya....wallahu'alam...tengoklah rezeki macamana malam ni.

Masa mula-mula melabuhkan pancing ni, ada juga getuan-getuan kecil tapi takde pulak yang merenggut umpan dgn betul-betul. Bila pancing digulung, umpan habis. Mungkin jugak anak-anak ikan yang menarik umpan aku ataupun ketam yang pandai mencuri umpan.

Dalam setengah jam aku mancing, tiba-tiba ada getuan yang agak kasar dan pancing ku melendut, direnggut ikan! Aku pun apa lagi terus menyentap joran yang belum sampai setahun umurnya itu dan terasa tarikan ikan di hujung sana. Agak kuat juga mainan ikan ni, terasa keseronokan menaikkannya. Aku memancing dari atas jeti yang didirikan oleh MPPD di tepi pantai berdekatan bangunan MPPD juga. Mulanya agak cuak juga, takut-takut ikan terlepas sebelum sempat dinaikkan, tapi mujur rezeki berpihak pada aku, dapatlah aku kerapu berbintik kecil yang agak kasar saiznya ni.

Menurut pemancing-pemancing yang berada berhampiran, di hadapan jeti ini memang merupakan kawasan karang. Oleh itu pemancing juga perlu berhati-hati membuat balingan kerana batu ladung mudah tersangkut pada karang. Batu ladung mahal tu bro, dah tak dapat yang 80sen, kurang-kurang RM1.40 seketul. 

Esoknya dapatlah aku makan kerapu sweet and sour yang segar dari lautan, pergh...manis, lembut dan segar isinya.....Aku dapat inspirasi masak kerapu ni dari blogger masak-masak yang popular dan aku dah lama jadi silent reader..iaitu en ah mat gebu....aku ingat aku pun nak jadi follower cik mat, supaya senang aku nak dapatkan tips-tips memasak...

Thursday 5 May 2011

Memancing Kolam

Harini saja nak share sikit cerita pasal memancing kolam. Bila mancing kolam memang takde nak tengok jadual air pasang surut pun, cuma kena check poket la...duit pun ada pasang surutnya. Bulan lepas ada lah satu malam tu aku teringin sangat nak mancing, aku tengok kolam pancing air tawar yang dekat dengan rumah aku tu pulak meriah semacam, so aku pun cubalah melepaskan gian memancing kat sana. Kolam ni RM7 sejam, pastu minima pancing mesti 3 jam, surut lah duit aku RM23 - RM21 yuran mancing, RM2 utk beli dedak.

Aku start mancing pun dah dekat pukul 9, maknanya dekat pukul 12 lah baru habis. Kat kolam ni, seminit pun dikiranya, itu pasal tokey kolam ni kaya....


Dek kerana dah lama aku tak mancing kolam, aku pun dah jadi tak reti nak baca gerakan ikan kolam ni. Entah bila masa ikan betul2 makan, bila masa pulak dia dok main2 kat umpan. Yang aku angin, tali selalu berusik, tapi bila sentap tak ada pulak ikannya. Aku tengok orang sebelah menyebelah dok rancak menaikkan patin, keli, lampam. Aku pulak dok naik angin...kekekeke...

Akhirnya setelah 3 jam meluangkan masa kat kolam bayar ni, dan dengan sentapan-sentapan yang menghampakan, aku pun pulang dengan satu pengajaran yang aku kena ingat selalu....
"JANGAN PERABIH DUIT KAT KOLAM BERBAYOR"....hehehehe....