Monday 23 May 2011

Memancing santai

Lama gak aku tak update cerita mancing ni. Hujung minggu aku agak sibuk dengan hal-hal personal.
3 minggu lepas aku saja jalan-jalan ke Melaka. Mula-mula lepak mancing kat Pantai Puteri, pantai ni memang selalu GP Joran dianjurkan kat sini. Aku mancing petang, air belum pasang lagi. Pantai ni agak berlumpur airnya. Aku guna umpan udang pasar, memang galak lah pancing direnggut ikan tapi ikan yang naik rupanya sesirat, kasar-kasar saiznya. Bila dah masuk 3 ekor naik sesirat, terus aku kemas pancing, blah ke tempat lain.

Lepas maghrib aku sambung mancing kat Pengkalan Balak, area Sg Tuang. Air dah mulai pasang tapi tak ada pulak ikan yang nak makan umpan aku ni. Dekat sejam menunggu baru ada tarikan ikan tapi bila aku karau pancing, ini rupanya yang sangkut...

Ketam bunga yang dah hilang bunganya sebab penuh teritip pulak
Ada jugak dapat beberapa ekor anak gelama dan anak bebulus tapi memang kurang meriah la mancing malam ni. Mungkin ikan kurang mendekati pantai. Iyalah, adat memancing, ada masa banyak hasilnya, ada masa kurang. Memandangkan memancing ni dah jadi hobi aku, layan ajelah aktiviti ni. Kalau banyak hasilnya, syukur Alhamdulillah, boleh juga dibuat lauk. Kalau tak ada hasilnya, boleh cuba lagi di lain hari. Yang penting, kena enjoy dan sabar.

No comments:

Post a Comment