Wednesday 19 June 2013

Cerita baru

Dah berbulan rupanya aku tak update blog ni. Bukannya aku dah tak memancing, cuma tak berkesempatan bercerita kat sini. Rasanya tahun ni aku belum lagi dapat memancing di favourite spot aku iaitu Sungai Timun. Bukannya aku tak plan untuk pergi tapi terpaksa ditangguhkan buat masa ini. Inilah akibat perbuatan manusia yang tamak dan tidak bertanggungjawab. 2 kali Sg Timun diracun tahun ni, katanya untuk cepat mengaut hasil udang galah. Kesannya habis udang galah dan ikan di Sg Timun mati. Nelayan-nelayan sungai pun ramai yang dah bekerja di darat. Ada yang dah bawa lori, ada yang dah jual pukat, ada juga yang dah jual bot. Bak kata Pak Akub orang tua Kg Sg Timun, manusia lagi jahat dari buaya di Sg Timun....betul lah kata dia tu. Selama ini buaya di sana tak pernah menutup periuk nasi nelayan2 sungai tapi manusia sendiri yang membuat onar. Sudah pastinya eko-sistem di sungai Timun telah terjejas dan ini akan mengambil masa untuk kembali pulih.

Oleh itu buat masa ini aku terpaksa menukar lokasi pancingan di Kuala Lukut pula. Biasanya aku akan menyewa bot fiber di jeti koperasi dan membawa enjin sendiri yang dipinjam dari bapa saudara aku. Setakat ini pancingan di sana juga tidak menghampakan.

Bulan lepas aku juga ada ke Kelong Mamod, di Lukut. Nati lah aku ceritakan pengalaman menghadapi ribut ketika itu. Dengarnya kelong Nazri di Bagan Lalang telah roboh bulan lepas?

Minggu lepas aku menyertai trip memburu tenggiri di perairan Sedili. Trip 2D1N ini boleh dikatakan berjaya kerana team kami berjaya menewaskan 13 ekor tenggiri. Gambar2 belum sempat di upload lagi. Hujung minggu ni aku akan kerja overtime untuk update cerita2 pancingan buat kenangan di blog ini dan juga sumber rujukan pada sesiapa yang berminat untuk membaca blog pancing aku yang tidak selalu dikemas kini ini. Maklum lah, menulis di sini tidak bergaji, itu yang lambat aje aku nak update cerita kat sini.

Anyway, buat pembaca setia blog aku ni (eh, ada ke pembaca setia? hehehe......nantikan cerita dunia pancingan aku ya dan teruskan menjadikan blog aku ni sumber rujukan dan bahan bacaan bersama. Semoga segala cerita, pengalaman dan sedikit ilmu yang aku kongsikan di sini akan memberi manafaat kepada semua.

2 comments:

  1. Assalam..

    Sy sbnrnya baru dlm mancing ni..joran pn bru ade 2 batang..hehe..bulan mei lepas ada gi ke kelong pozi,kuala lukut..nama pn baru mancing,hasilnya paham2 je la.dpt la 3 4 ekor yg kecik2(gerut2,ikansebelah dsb)..tp hasil tu x kesah sgt pun sbnrnya..yg plg xbest nya, kelong trlalu crowded..dh mcm ptandingan mancing lak.ade la dlm 40org atas kelong tu.space nk mancing lgsg xde.maybe pk untung punye pasal,main sumbat je selagi boleh..so nk tnya la,kt area mana lg yg ada kelong yg berpotensi? area klang ke,kuala selangor ke.sy tggl di keramat,kl.puas dh cari blog kt google tp sume posting yg lama2.

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam,

    kalau kelong di lukut tu, ada kelong raja, kelong mamod. kelong raja kena pau 1 kelong RM250. so boleh plan dgn kawan2 & blh control bilangan pemancing atas tu. Kelong Mamod pulak ada 2 buah, 1 besar dgn lebih dpd 6 bilik. 1 lagi kecik sikit, ada 4 bilik.
    area pasir panjang, PD pun ada kelong juga, tapi agak kecik. ikut pengalaman memancing saya yang tak seberapa ni, memancing kelong paling best di Tanjung Leman, Mersing la.

    ReplyDelete