Tuesday 29 March 2011

Kuala Selangor (Part 2)

Seperti dijanjikan, aku bawakan cerita pancingan di Kuala Selangor Sabtu lepas. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kat mana lah agaknya padang pancingan aku ni, maklum la Kuala Selangor tu bukannya sebesar Kuala Lukut aje.

Nama kampungnya Pasir Panjang di daerah Kuala Selangor

Pekan terdekat adalah Sekinchan, lebih kurang 10 minit aje driving dari kampung ni.
Seperti biasa, aku dan Jijoi meninjau sampan yang akan digunakan nanti


Kami bergerak ke laut dalam pukul 5 petang. Macam biasa, kami menuju ke kawasan tukun yang dibina oleh LKIM. Di sini biasanya tidak mengecewakan, sentiasa ada hasilnya. Cuma kalau nak cari yang besar macam jenahak atau pari, kenalah sediakan umpan yang bersesuaian.

Hasil pertama pancingan - gerut2 yang agak kasar saiznya

Gelama kat sini, gedang2 saiznya (ayat Jawa)


Hasil terbesar pancingan kali ini, daun baru 1.25kg
Yang ini, pemancing jemputan aku yang dapat, maklum la org baru first time dtg sini, bagi dia syok layan ikan besar...

Kami memancing sehingga jam 9 malam sebelum kembali ke jeti untuk mengisi perut. Kedai makan di jeti ni sungguh happening waktu malam, karaoke biasanya full house. Makan kat sini pun boleh tahan lah sedapnya. Lepas makan dan berehat sekejap, kami turun semula ke lokasi pancingan, sambung lagi lah mancing. Tapi malam2 ni kurang lah ikan yang makan. Aku sempat lah tido dekat 3 jam dibuai ombak laut.
Dalam pukul 4 pagi kami kembali ke pantai sebab umpan udang yang dibawa dah hampir habis. Pagi2 buta kami dah ke pasar basah di Sekinchan mencari udang segar.

Selepas subuh, kami bergerak lagi ke laut tapi tak sampai sejam memancing, ribut sudah tiba, kelam kabut kami bergegas balik ke jeti. Memang basah kuyup la ditimpa hujan. Lepas hujan reda, kami sambung lagi memancing hingga 12 tgh hari. Penat memang tak boleh nak kata la, tapi minat punya pasal, pedulikanlah semua tu.

Hasil keseluruhan trip kali ini, majoriti gelama lah


Kedai makan kat jeti ni walaupun nun jauh di kampung nelayan tapi sungguh classy. Cuba tengok set minum pagi, aku order kopi, roti bakar dan telur setengah masak. Bila sampai hidangan tu, macam tak percaya jer kat warung camni service baik punya....
Hidangan pagi ala2 5 star hotel


Roti bakar pun sungguh bergaya
 Itulah serba sedikit coretan trip aku kali ni. Moga dapat memberi maklumat kepada yang membaca dan juga sebagai kenangan catatan dunia pancingan ku untuk manfaat kita bersama.

Monday 28 March 2011

Selingan

Saja aku nak selitkan sedikit aktiviti yang menyimpang jauh dari tajuk blog ni. Blog aku, aku punya pasal lah nak letak apa, kan? Asal tidak melanggar undang2 dan mengganggu ketenteraman org lain, layan aje lah ya. Lagipun, inilah satu2nya blog yg aku ada, so aku tumpang lah kisah ni kat sini. Untuk kenang2an aku.

Dalam layan mancing, aku juga layan rock otai. Siapa lagi idola aku kalau bukan Awie Wings. So, bila ada yang nak sponsor tiket Teater Muzikal Lat The Kampung Boy aku pun layankan ajelah....maklum le, Awie kan pegang watak utama. Inilah first time aku nak menonton Teater Muzikal di Istana Budaya. Menarik jugak rupanya menonton teater ni. Puas hati lah tengok persembahan live diorang.

Seat aku ni kiranya OK gak, dapat tengok clear lah muka pelakon2

Aku sempat bergambar dulu, maklum la pukul 6 ptg aku dah sampai kat sini


Aku bersama Awie, sanggup aku tunggu sampai 12mlm semata2 nak bergambar dan ambik autograph Awie
Awie tetap rock!


Sunday 27 March 2011

Memancing di Kuala Selangor (Part 1)

Sabtu lepas aku ke Kuala Selangor lagi. Hajat hati nak repeat cari ikan2 besar lagi. Malangnya, umpan sotong segar kegemaran jenahak tak dapat dicari pulak. Sebenarnya nak memancing ni, kena ada perancangan yang betul di samping nasib dan rezeki. Banyak lagi ilmu pancingan yang perlu aku pelajari tapi setakat ni antara tips yang aku boleh kongsikan dan untuk ingatan aku juga bagi memaksimakan trip pancingan adalah seperti berikut:-

1) Pastikan set pancingan yang betul dibawa - contohnya jika berhajat dapatkan ikan besar, gunalah rod dan mesin untuk memburu ikan besar, bukannya bawak mesin Tica RM60 sebijik. Nanti hasilnya mesin meletup, terbarai, ikan pulak lepas entah ke mana.

2) Penuhkan lah toolbox dengan aksesori secukupnya, jgn bila dah atas bot baru tercari2 batu ladung tak bawak lah, kekili dah habis lah, mata kail tertinggal lah, dsb.

3) Kalau bawak bot sendiri, pastikan minyak lebih dari cukup untuk pergi-balik, bukan cukup2 aje. Kita tak tau, mungkin banyak kali pindah cari port yg sesuai, atau dah terlencong dari laluan sepatutnya, at least kita ada minyak extra nak guna.

4) Untuk mancing malam, lampu atas bot sgt penting. Pastikan lampu berfungsi baik, kalau blh gunalah energy saving bulb dan bateri telah di charge sepenuhnya. Kalau lampu out, musnahlah harapan nak menyauk sotong untuk dibuat umpan jenahak. Bawa juga lampu suluh.

5) Masa memancing ni, bukan 24 jam ikan galak makan umpan. Masa ikan tengah galak makan tu, pulunlah mancing betul2. Masa ikan dah kurang, rehat2kan lah diri, tido ke, recharge energy untuk sambung pancing lagi nanti.

6) Bekalan makanan dan minuman jgn lupa. Kita ni manusia, perlu makan minum, terutama mancing laut, cepat betul badan terhidrat. Minum air kosong banyak2. Jangan balik trip mancing, kena mc pulak. Mancing2 jugak, periuk nasik kena lah jaga. Lainlah kalau memang dah takde kerja lain dan mancing tu memang periuk nasik korang. So, suka hatilah ko nak mc ke apa, takde saper nak marah.

7) Keselamatan diri sendiri mesti diutamakan. Kalau berlaku kecemasan di laut, pastikan diri sendiri selamat dulu, barulah cuba nak selamatkan org lain. Kalau korang naik flight pun, masa safety briefing oleh pramugari yang cantik jelita tu, kan dia kata kalau alat bantuan pernafasan terkeluar semasa kecemasan, pakai dahulu, pastu baru pakaikan anak di bawah jagaan. Kalau korang sibuk nak selamatkan anak tapi diri sendiri tak selamat lagi, pastu korang pengsan ke apa ke, sapa pulak nak tlg selamatkan anak tu? Ke korang ralit pandang pramugari tu sampai tak dengar pun entah apa yang dikata masa tuh....

8) Cuaca di laut sangat cepat berubah. Mungkin masa korang keluar pagi, langit biru, awan nipis dan cuaca sangat cerah. Tiba2 je korang nampak di kejauhan awan kelabu berlapis2 muncul dengan cantiknya. Mungkin juga masa tu ikan begitu galak makan pancing dan korang rasa sayang je nak gerak ke mana2. Kalau korang tak sayang nyawa, dok lah layan mancing lagi. Sekejap aje awan kelabu tu dah berukar hitam dan dah atas kepala korang. Masa ni kalau ko tak blah jugak balik ke pantai, memang saja nak cari pasal lah....

Ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sepanjang menceburkan diri dalam arena memancing di laut ni. Mungkin lain orang, lain  pendapatnya. Wallahu'alam...

Nantikan laporan trip pancingan aku dalam Part 2 nanti. Gambar belum upload ke PC lagi....Untuk rakan-rakan pembaca blog aku ni, sudi-sudikan lah jadi followers dan tinggalkan comment ya.

Monday 21 March 2011

Hasil Kelong Mamud 11 Mac

Dah lebih seminggu aku tak update blog ni. Haritu mancing di Kelong Mamud, sangat mengecewakan. Malam langsung tak berusik umpan aku. Dah pagi baru sangkut seekor ketuka kecik. Dah siang tu aku layan lah apollo, buat menghiburkan hati yang lara....banyak jugak dapat tamban, boleh lah buat lauk tambah.

Memang aku takde ambik gambar pun, ada tak ada, ni hah gambar ikan yang dah siap bersiang nak disimpan dalam peti ais....

Hasil pancingan di Kelong Mamud minggu lepas

Setakat ni aku belum ada plan nak gi mancing mana lagi hujung minggu ni. Mungkin dok tepi pantai aje kot, tengoklah nanti. Kalau ada aktiviti, aku akan update lagi blog ni.

Thursday 10 March 2011

Ke Kelong Mamud

Harini aku nak ke Kelong Mamud, Lukut. Biasanya memang aku naik ke sana malam dan balik tengahari esoknya. Macam biasa, aku tempah umpun-umpun 4 plastik dan udang hidup 10 ekor. Kali terakhir aku ke sini 21 Jan lepas. Masa tu tak ramai orang pun atas kelong tu, cuma group aku dengan 1 group mamat pakistan yang mula2 aku sangkakan Bangla. Ada jugak aku ambik gambar masa trip ni.

Joran baru beli ni, dapat tetanda, besar jugak.

Inilah hasil seharian di Kelong Mamud.
Kat sini tambannya agak kasar jugak, goreng garing memang sedap.


Nanti aku update pulak hasil pancingan hari ini. Selamat berhujung minggu kepada kawan-kawan pemancing semua dan Selamat Memancing!

Wednesday 9 March 2011

Lauk pauk

Ini aku sambung semula pasal apa yang aku dah buat dengan hasil tangkapan trip Kuala Selangor Ahad lepas. Malas nak cerita panjang2, korang tengok lah gambar2 ni hah.


Kerang yang belum mencapai saiz yang sesuai untuk dipasarkan dan akan diletak semula di kebun kerang, tapi aku dgn Jijoi dah kutip dulu untuk bawak balik....

Aku hiriskan halia, cili api dan campakkan kerang dalam kuali, letak air sikit aje dgn sedikit garam, pastu tutup
Tak sampai 10 minit dah masak, sedap ni, manis


Sempat goreng bebulus 2 ekor, pastu aku hiris bawang besar dan lada merah, gorengkan dgn telur yg di scramblekan, makan dgn nasi panas, sodap tu.


First time aku kenal mentarang ni kat Kuala Selangor la, tak jumpa pulak aku menatang ni kat pantai PD.
Yang ni aku tangkap kat tepi jalan, sekilo RM8. Ini digoreng berlada, aku lebih suka yang bakar, cicah sos aje.
 Ada lagi 2 potong pari, gerut-gerut, gelama frozen dalam fridge tu, tunggu masa rajin nak memasaknya.

Monday 7 March 2011

Aktiviti hujung minggu lepas

Sabtu pagi dalam pukul 10:30 aku ke Bukit Seri Senawang, ambik partner pancing untuk trip ni iaitu Jijoi. Mula2 ada beberapa member nak follow tapi last2 kansel sebab kena kerja lah pulak. Malas nak cerita banyak, macam biasa lah kitorang angkut segala keperluan mancing dan bergerak ke Kuala Selangor. Layan aje lah gambar yang tak seberapa ni.

Perjalanan ke Kuala Selangor mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Seremban


Ini gambar yang aku ambil dari depan jeti, cuba cari unggas berwarna putih...


Aku suka sangat gambar ni, cuba kira ada berapa ekor burung di sini? Cecuba kira..cecuba....


Inilah bot kepunyaan Abang sepupu aku yang digunakan untuk ke laut nanti


Seronok betul member aku ni dapat lepas ke laut harini...


Geramnya tengok si Jijoi melayan tarikan si ikan jerung...itu kata dia lah...


Selepas hampir sejam Jijoi bertungkus lumus, akhirnya muncul lah 'jerung' yang dimaksudkan tadi....pari lah, kalau jerung, dah putus tali si mamat ni tadi...


Abg sepupu aku yang mebantu menaikkan pari ni, tengoklah tu otai main cekak aje kat mata ikan tu, berat tu wei...


Aku lah dulu yang bergambar dengan hasil terbesar pancingan kali ini


Jijoi yang keletihan melayan ikan ni, tak larat dah nak bangun mengangkat pari 15kg ni

Banyak jugak ikan seperti bebulus, tanda, gerut-gerut, gelama yang kami dapat dalam trip kali ini. Nanti aku update lagi apa yang aku buat dgn ikan2 tu semua. Masa nak balik tu, kami sempat ambik kerang kat jeti tadi, adalah dalam sorang 10 kg. Dah selamat kerang tu aku bagi2 kat kawan2 dan dimasak untuk lauk malam semalam. Kat sini, kerang aku ambik free aje. Kalau tgk kat Giant haritu sekilo kerang RM2.39 tu.

Kalau ada sesiapa yang berminat nak memancing dgn bot kecik ni, boleh lah roger2 aku ya, atau tinggalkan msg di ruangan komen.


Sunday 6 March 2011

Aktiviti hujung minggu

Beberapa hari ni aku tak update blog. Tak sempat la. Prepare gi fishing ke Kuala Selangor. Sabtu pagi aku gerak, Ahad petang baru balik ke Seremban. Letih gila tapi mancing punya pasal, aku redah aje.
Nanti aku update kan cerita dan gambar2. Tak banyakpun ambik gambar, pasal sibuk mancing, tak sempat...hehehe....

Wednesday 2 March 2011

Sehari di Kelong Koperasi, Kuala Lukut

13 Feb haritu aku ke Kelong Koperasi, Lukut. Cuba tengok first entry aku tu ada gambor aku dgn pari, itulah hasil mancing kat sana.

Aku tiba di kelong dalam pukul 9 malam. Cuaca cantik, bulan hampir-hampir penuh. Ini first time aku ke sini. Tak lah jauh sangat dari jeti koperasi, lebih dekat berbanding nak ke Kelong Mamud. Rasanya tak sampai 10minit dah tiba. Kelong ni nampak bersih dan kemas, ada 4 ke 5 bilik gitu. Kat sini guna bateri untuk nyalakan lampu, so senyap la sikit, takde dengungan buyi generator.

Sampai je, aku terus set pancing dan mula memancing. Malam ni banyak naik ikan gerut-gerut saiz tapak tangan budak. Ada gak dapat ikan tanda, bebulus sekor, ikan2 kecik lain la. Aku tak try koyan kat sini, lain kali lah pulak aku cuba.

Belah pagi pulak aku main apollo, layan ikan tamban. Masa sibuk layan tamban ni lah pancing aku yang terbiar tiba-tiba melendut, apalagi bekejar lah aku menyambarnya. Sayang tu, set pancing aku ni walaupun murah tapi bukan dapat free.Itu yang naik pari, hasil terbesar kat kelong ni. Aku letak lah sikit gambar pancingan haritu, untuk kenang2an aku dan membakar semangat sesiapa yang berminat nak try kelong ni. Aku pasti akan repeat lagi kat sini....

Tamban kat sini kecik2 tapi banyak woo...
dalam mengapollo si tamban, sangkut gak ikan ni,
dapat lah 3 ekor, masak singgang, marvellous....


Inilah jumlah tangkapan aku sehari semalam di sana
puas hati lah jugak, lepas lauk seminggu....

Tuesday 1 March 2011

Gambar-gambar hasil pancingan terbaru

Tarikh: 20 Feb 2011 bersamaan 17 Safar 1432H
Lokasi: Sg Timun, Melaka

Perjalanan dari Seremban bermula seawal 7 pagi. kami tiba di Kg Sg Timun dalam 8:30 pagi, itupun singgah bersarapan dan membeli ais dalam perjalanan ke mari. Aku terus menelefon boatman memaklumkan yang kami telah tiba.

Aku pun terus setting pancing, sambar umpan cacing dan menebing dari pengkalan boat, sementara nak menunggu boatman gi sarapan dan prepare apa yg patut. Dalam setengah jam, ada pulak yang menyambut...
rezeki pertama pagi ni.

Tapi itulah, tujuan aku harini nak mancing ikan, memang langsung takde pancing udang dalam koleksi peralatan mancing aku. Dah rezeki, aku ambik ajelah udang ni. Kat sini kalau nak udang fresh, boleh beli RM50 ~ RM60 sekg, ikut size. Boatman aku tu ada bisness jual udang fresh jugak, masyuk tu...

Dah dekat pukul 10 baru kitorang gerak naik boat menuju ke arah muara, mencari port2 yang sesuai untuk mencuba nasib. Nampaknya pagi ni Boatman aku juara, ikan sembilang aje naiknya, 4 ekor total. Aku dok menung tunggu ikan makan tapi tak ada pulak.

Dalam 12:30 tgh hari kami berhenti makan kat area jambatan Sg Linggi. Cuaca panas, aku order ABC la. Makan nasik dgn lauk asam pedas, ayam goreng lagi...sedap betul rasanya. Lepas makan kitorang sambung lagi agenda mancing.

Belah petang ni, aku banyak jugak dapat hasilnya. Nanti aku upload lagi gambar. Masih terkial2 ni, maklum la baru lagi nak berkenal mesra dengan blog ni.


Walaupun kecik je ikannya tapi puas hati melayan gerut2 ni

Ikan bulan/ terubuk sungai - boatman aku 'menyumpit'; guna pelampung, umpan udang pasar


Aku dapat jugak sembilang seekor, dah selamat dimasak asam pedas


Boatman aku yang mengamalkan cash and release untuk baby senangin ni
(Sebenonya, ikan ni terlepas masuk semula ke sungai...moga ia jadi lebih besar & membiak)
                          


                                 Dah dekat senja, pancing ikan tapi dapat si sepit biru...rezeki ni...


Menjelang senja, kami kembali ke pengkalan dan sangat berpuas hati dengan rezeki yang diperolehi hari ini. Keletihan terubat bila dapat menikmati keenakan ikan dan udang segar hasil pancingan sendiri.

Hasil pancingan sehari di Sg Timun - gerut2, tanda, gelama, sembilang, udang, ikan bulan

Sesiapa berminat untuk trip mancing di Sg Timun, bolehlah contact aku. (Yus 019-6563142)

Aku minat memancing

Aku memang minat gila mancing. Menggigil lutut bila sebut nak pergi mancing. Aku ingat aku nak dedikasikan blog ni kepada semua pemancing tegar di Malaysia khasnya dan sedunia amnya.

Blog ini juga akan merekodkan suka duka pancingan aku serta tips-tips pancingan yang mungkin aku boleh kongsikan di sini. Moga kita akan sama-sama mendapat manfaat dari blog yang baru nak menjengah dunia ni.

Hasil pancingan di Kelong Koperasi Kuala Lukut, PD pada 13 Feb 2011