Tuesday 1 May 2012

Memancing santai di Kelong Raja - Part 2

Sambungan kisah dari Part 1...

Keesokkan paginya kami dihidangkan dengan sarapan kopi 'o' panas dan mee goreng. Ini tak termasuk dalam pakej sewa kelong ni ya. Kalau nak makan sedap macam ni, kenalah masak sendiri. Kalau malas tu, makan ajelah roti kosong atau maggi.


Bila perut dah kenyang, barulah semangat nak memancing semula.

Orang lain pancing ikan, tapi Giri pancing ketam. Besar jugak ketam yang dia dapat ni, masak ketam bercili lah best ni.

Aku pulak layan main apollo la. Banyak jugak hasil yang kami dapat. Ikan hidup ni aku ambik buat umpan tapi takde rezeki kali ni, takde strike dari ikan besar nampaknya.

Pagi tu geng pemancing dari kelong sebelah datang singgah ke kelong kami. Aku sempat berposing dengan hasil pancingan mereka iaitu ikan siakap batu. Nampaknya mereka pun kurang mendapat hasil lumayan di kelong sana.
Inilah hasil pancingan kami di Kelong Raja. Gambar ada masalah teknikal sikit...kamera dah mula buat hal nampaknya....  Hasil: gemang, tanda, senangin, malong, todak, ketuka, gelama, gerut-gerut, ikan apollo, ketam

Menjelang tengahari kami pun berangkat pulang dengan tekad yang kami akan kembali semula ke sini bila ada rezeki dan masa yang bersesuaian nanti.................

-The End-

3 comments:

  1. Salam bang,

    Bole saya tau berape rate utk sorang utk masuk kelong Raja & kat mane jeti nak pegi kelong?

    Last, no tepon utk saya booking :D

    tq!

    ReplyDelete
  2. Kelong Raja ni kena sewa/ tapau 1 kelong. Dia tak ambik sewaan per head. Boleh try call Govindan 013 6464268/ 010 4231508.

    Jeti naik kelong ni letaknya agak ke dalam sikit, dekat dgn pekan Chua. Kalau drive dari Lukut, after pekan Chuah la atas sikit dari balai polis.

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Saya nk tnya..kelong ni bersih x? maksud sy keadaan kelong tu sndiri n sekeliling dia..kot2 bnyk smpah ke.

    ReplyDelete