Sunday 24 April 2011

Memancing di Kelong Ayu

OK, aku sambung semula kisah yang dah seminggu tak ber update ni. Minggu ni aku memang agak sibuk, tak sempat nak update cerita pancing ni. Aku pun tak ingat ntah apa yang aku sibukkan sangat tu.

Jeti Tunjuk Laut, Tanjung Leman

Inilah dia tempat yang aku tuju 2 minggu lepas. Tanjung Leman yang terletak dekat dengan Felda Tenggaroh dan bandar Kota Tinggi. Punyalah seksa aku rasa driving tengah malam buta nak menuju ke jeti ni.

Aku dah lama dengar cerita pasal kelong kat perairan sini. Sebenarnya ada 4 buah kelong yang terletak dalam kawasan taman laut di keliling pulau-pulau kat sini. Kelong yang famous dan senang nak dapat info kat internet ni adalah namanya Kelong Ah Fatt. Biasanya hujung minggu kelong ni memang pack, ramai org Singapore suka datang sini. Aku pilih Kelong Ayu (@AhYu) atas cadangan member kaki pancing yang juga rakan sekerja yang memang biasa turun ke sini.


Sayup-sayup Kelong Ayu kelihatan di antara pulau
Bot berlepas dari jeti lebih kurang jam 9:45pagi. Ramai juga yang mahu naik ke kelong Ayu pagi ni. Ada yang dari Kluang, ada juga dari Singapura.

Beginilah rupa di atas kelong. Besar dan tegap kelong ni.


Tempat tidur dan lepak yang agak selesa, siap dengan selimut

Aku ambik package 2D1N - RM155 yang termasuk makan minum iaitu sarapan, makan tengahari, makan malam, supper, free flow biskut kering, air filter (Diamond), kopi panas.


Sebaik tiba, aku layan ikan apollo. Banyak dapat ikan tambak, kunyit, ada juga baby kerapu. Memang seronok layan kan aje, memang tak bosan lah. Apa taknya, hulur je apollo yang berisi umpan kat tepi kelong ni, memang tak menang tangan dibuatnya. Tengahri lepas makan rasa mengantuk lah pulak. Mana taknya, aku dapat tido dalam setengah jam aje malam tadi, so petang aku layan bantal ajelah. Dah nak senja aku bangun pi layan apollo, nak cari ikan buat umpan. Banyak jugak sangkut tamban dan adalah seekor dua selar yang sangkut juga. Ada mamat Johor yang sama2 mancing ni kata masa 2 minggu lepas dia dtg mancing, 9 coleman penuh dengan ikan apollo aje. Kali ni kurang meriah sikit, selar pun taknak kejar apollo. Diorang kata sebab air jernih sgt, ikan nampak tali, tu pasal kurang hasilnya.


Kerapu yang hampir sekilo jugak ni

Kerapu tu bukan aku dapat. Mamat cina yang mancing dekat dengan aku yang dapat malam tu. Aku ada beli udang hidup tapi entah malam tu aku malas je nak mancing beriya2. Lepas supper aku dah cari katil. Badan pun dah bersih, mandi dengan puasnya tadi. Itu yang mata pun berat aje. Malam pulak ikan kurang makannya. Ada lah nampak budak cina mancing todak. Takpalah, aku lebih suka layan tidur. Boleh bangun pagi2 esok dan sambung mancing lagi.




Pagi-pagi ni masih layan pancingan apollo, banyak tambak lah kat sini. Udang hidup aku beli tu semua mati pasal mesin dah habis bateri. Buat menghabis duit aje. Udang tu aku potong2 buat umpan apollo.

Mesin baitrunner yang aku biarkan dengan berumpankan keratan tamban berdesing pulak. Berlari aku menyentapnya. Hehehe...berhasil jugak aku mendapatkan baracuda.

Gambar kat atas tu sebenarnya aku tengah nak menaikkan todak. Tengok pemancing lain melayan todak macam seronok pulak. Aku pun pergi ambik anak ikan hidup dan cuba nasib lah. Memang bila umpan mencecah air aje, si todak terus menyambar. Seronok rupanya melayan aksi todak ni. Todak kat sini kasar2, warna hijau jernih. Memandangkan aku pun tak pernah makan todak ni, so malas nak mancing lagi, takut takde saper nak makan. Rupanya todak ni sedap masak goreng taucu atau asam pedas pekat. Ada harga juga todak ni, sekilo RM6 katanya. Lain kali kalau ada rezeki ke mari lagi, boleh la aku layan mancing todak banyak2 bawak balik Seremban.


Tuna biru hasil di Kelong Ayu
Foto tuna biru kat atas tu pun bukan aku yang memancingnya. Masa ni tengah tunggu bot nak balik tetiba ada uncle Cina tu dapat ikan ni. Dia guna udang hidup. Seronok tengok pertarungan uncle tu dengan tuna ni. Masa ni juga nampak kerjasama antara kaki pancing semua. Ada yang tolong bagi laluan, tolong bagi kata semangat, tolong pegangkan pancing bila uncle tu dah penat sangat, tolong carikan hook/ sauk, tolong saukkan ikan dari bawah kelong. Memang semangat semua orang yang menengoknya masa tu. Sampai bot nak balik sampai pun kitorang buat tak tahu aje. Mana taknya lebih kurang setengah jam sebelum tu uncle tu dapat jugak ikan besar, ikan cermin tapi half way dah rabut. Itu yag bersemangat semua orang nak bantu uncle tu naikkan ikannya kali ni.


Inilah hasil pancingan aku and my other half selama 2 hari 1 malam di Kelong Ayu. Aku pasti akan ke sini lagi bila ada rezeki nanti. Katanya time terbaik mancing kat sini masa musim tengkujuh, bulan 12 nanti. So, start simpan duit, kita ramai2 abiskan annual leave atas Kelong Ayu nanti.

Ini pulak aku yang dah mandi, dah wangi, segar dan ready nak balik......hehehe....

Tuesday 19 April 2011

Aktiviti hujung minggu lepas

Hujung minggu lepas aku ke selatan tanah air. Aku gerak dari Seremban jumaat malam Sabtu, tepat jam 12 tgh malam. Ini pun last minute planning. Aku masuk highway start dari tol simpang tiga, alor gajah dan exit di tol Ayer Hitam. Perjalanan terasa jauh sekali, dengan hujan dalam perjalanan dari kluang ke mersing tu. Jalan yang aku lalu tu, punyalah sunyi dan hutan semata, kereta aku jer yang lalu situ pagi tu. Siap ada signage gambo gajah, cuak juga hati, kot2 gajah lalu.

Yang bengangnya bila tengok batu tanda jalan, dok asyik Mersing 31 km, lambat benor rasanya nak sampai. Bila lalu Felda Tenggaroh barulah hati lega sikit sebab ada lah jugak cahaya lampu dari jalan dan rumah orang. Aku sorang aje drive, partner sebelah dah lena dibuai mimpi sejak masuk highway tadi. Sekali sekala je dia bangun utk confirmkan jalan. Punyalah berat mata aku, berpinar kepala menahan mengantuk. Destinasi yang dituju tak muncul-muncul juga, sampai aku rasa tobat dah taknak pergi lagi ke ceruk semenanjung ni, seksa rasanya nak sampai sana.

Alhamdulillah akhirnya hampir 6 pagi, sampai lah aku ke jeti yang kami tuju. Besar juga kawasan jeti ni, masa ni pun dah ada beberapa kereta yang menunggu waktu siang untuk berangkat pergi memancing. Aku ingat aku lah yang paling jauh tapi ada jugak tu yang datang dari Perak.

Nanti aku update lagi cerita-cerita pancingan aku ni. Mesti ada yang tertanya-tanya kat mana lah gamaknya tempat ceruk yang aku nak cerita ni. Nanti lah ya, sekarang tengah busy kerja. Maybe Jumaat baru aku boleh update lagi blog aku ni.

Sunday 17 April 2011

Berita Kosmo Online

Kaki pancing langsung perkahwinan di kolam ikan






KUALA TERENGGANU – Ketaksuban terhadap hobi memancing memberi inspirasi luar biasa kepada seorang mekanik untuk melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihan di sebuah kolam ikan di Kuala Ibai di sini kelmarin.
Ariffin Mohd., 53, yang merupakan seorang pemancing tegar memilih seorang suri rumah, Normazliza Mat Zin, 26, untuk melalui detik penuh bahagia itu sambil disaksikan keluarga dan rakan terdekat.
Melengkapkan lagi tema perkahwinan pasangan itu, puluhan joran dihias cantik sebagai penyeri kepada majlis perkahwinan bersejarah itu.
Malah, Ariffin yang berpakaian pengantin sempat memancing bersama Normazliza selama 10 minit sebelum berjaya memancing seekor ikan siakap.
Menurut Ariffin, dia memilih konsep tersebut kerana minat mendalamnya terhadap aktiviti memancing
ARIFFIN bersama isterinya, Normazliza memancing ikan di hari persandingan mereka di kolam pancing di Kuala Ibai semalam.

Monday 11 April 2011

Jeti Mamod suatu ketika dulu

Jeti Mamod di Lukut adalah antara favorite fishing spot aku suatu ketika dulu. Aku belek-belek gambor lama dalam folder PC aku ni, terjumpalah gambar hasil pancingan di jeti ni. Kalau ikut date pada foto ni, 1 Nov 2009 - dah lebih setahun tu.

Masa ni aku mancing siang, seharian tu macam2 jenis ikan yang aku dapat. Bukan baling jauh pun, dekat bawah jeti tu aje pun dah galak ikan makan. Senangin pun sampai sini, ketam bunga pun ada. Tapi sekarang ni susah bonar nak dapat ikan sebanyak itu. Adakah perairan sini dah makin berkurangan penghuninya?

Jeti Mamod yang sentiasa penuh dengan pemancing
 
Inilah hasil pancingan aku suatu masa dulu. Sekarang ni gelama pun payah nak sangkut.


Wednesday 6 April 2011

Masak-masak

Seminggu dah blog aku ni tak dikemas kini. Hujung minggu lepas aku takde aktiviti memancing pun. Sibuk uruskan hal keluarga. Hasil pancingan aku yang lepas tu dah selamat dimasak.


Nampak tak, kepala ikan daun baru yang penuh 1 mangkuk pyrex tu. Memang sedap ikan fresh masak asam pedas pekat. Ikan daun baru ni isinya agak tawar, sebab tu kena masak pekat2 baru terasa kesedapannya. Ketam tu pulak digoreng sambal bertelur. Udang baki umpan mancing pun jadik lauk juga, dimasak dengan cendawan bersos tiram.

Inilah seronoknya memancing laut, hasil tangkapan boleh jadi lauk. Memang feeling tu lain lah bila makan hasil pancingan sendiri. Itu yang jiwa meronta-ronta asyik nak ke laut, betul tak, Jijoi?